Kantoi! "Orang Kuat" PEKIDA Tampil Dedah Identiti Sebenar Boy Iman Dalam PEKIDA
Sejurus kes penangkapan pengarah Urusan DBI Properties Dato Boy Iman, pelbagai cerita dan kebenaran terus dibongkarkan oleh netizen. Semalam, sejurus sahaja habis tahanan reman, Boy Iman ditahan semula untuk siasatan lanjut.
Dakwa Miliki Taraf Ayahanda
“Kenapa saya menyertai PEKIDA dan saya berpangkat Ayahanda, saya juga adalah Timbalan Pengerusi Insan Prihatin Malaysia dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kerabat Aura Syifa. Macam Pian, ramai orang tak tahu, dia adalah orang kuat madrasah, kami banyak terlibat dengan amal kebajikan.” Ujar Boy Iman suatu ketika dahulu menerusi sebuah portal hiburan.
Sebelum ini ramai yang mengetahui Boy Imandikatakan mendapat pengiktirafan yang bergelar Doktor. Namun kini netizen mempertikaikannya kerana selain kereta mewah dan telefon bimbit, sijil kedoktoran beliau turut dirampas untuk tujuan penyiasatan lapor Harian Metro.
PEKIDA Tak Iktiraf Boy Iman
Ternyata pangkat Boy Iman sebagai ayahanda Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA) tidak mendapat pengesahan dan pengiktirafan dari PEKIDA. Ini telah dimaklumkan sendiri oleh Pengerusi Perhubungan PEKIDA Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA Malaysia, Rohaida Roslan.
Tambah Rohaida, gelaran ayahanda yang diguna Boy Iman adalah menerusi pertubuhan yang dikenali sebagai Majlis Jemaah Cochrane (MJC) dan hanya dua individu yang berhak memberi gelaran ini kepada seseorang iaitu Presiden PEKIDA Malaysia, Jamaludin Yusof dan Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Roslan Dahaman.
Dalam sumber lain, Presiden Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) Datuk Abdul Halim Ali berkata, tindakan Boy Iman itu memang memalukan bagi individu yang mengakui mempunyai status ayahanda.
No comments: