Ibu Kongsi Gambar Bayinya Yang Mati Dalam Kandungan Akibat Diracun
Bagi mereka yang bergelar seorang ibu, pastinya mereka faham perasaan tidak sabar-sabar mahu melihat kelahiran anak yang dikandungi mereka selama tempoh 9 bulan, terutamanya mereka yang baru mendirikan rumah tangga.
Tetapi, malang buat pasangan Gabriella Morley dan suami, Matthew Dalton apabila Gabriella terpaksa melahirkan anak mereka yang sudah tidak bernyawa pada bulan Mei yang lepas.
Menurut Gabriella, beliau mula perasaan tiada sebarang pergerakan dari kandungannya itu sewaktu beliau dan suami sedang membeli-belah persiapan untuk menyambut kelahiran anak mereka itu nanti. Risau dengan situasi itu, beliau kemudiannya telah pergi ke hospital untuk menjalani pemeriksaan pada keesokkan harinya.
Selepas diperiksa oleh pakar perubatan, doktor telah membuat kesimpulan bahawa Poppy, yang kandungan yang diberikan sebelum kelahiran telah mengalami serangan jantung akibat keracunan yang disebabkan oleh kandungan intrahepatic cholestasis yang tinggi di dalam tubuh Gabriella.
Pasrah dengan takdirnya itu, Gabriella dan Matthew kemudiannya telah berkongsi gambar-gambar mereka bersama-sama Poppy yang sudah tidak bernyawa yang diambil sebelum doktor menjalankn bedah siasat ke atas mayat Poppy.
Menurut Gabriella, beliau pernah berasa gatal pada bahagian perutnya sewaktu mengandungkan Poppy, tetapi menyangkakan kegatalan tersebut berpunca daripada perutnya yang merengang, beliau hanya mendiamkan diri tanpa memberitahu perkara tersebut kepada suaminya.
Beliau hanya tahu bahawa kegatalan tersebut berpunca dari keracunan yang telah pun meragut nyawa Poppy setelah diberitahu oleh pakar perubatan.
No comments: