Header Ads

Gadis ‘Period’ Tiba-Tiba ‘Bocor’ Di Dalam Bas, Mujur Ada Lelaki Ini Yang Bertindak Menjadi Hero

Gadis ‘Period’ Tiba-Tiba ‘Bocor’ Di Dalam Bas, Mujur Ada Lelaki Ini Yang Bertindak Menjadi Hero

Siapa yang sangka di saat ditimpa kesusahan, tiba-tiba ada insan yang berhati mulia datang menghulurkan bantuan.

Di Korea Selatan, seorang wanita tengah mengalami saat-saat cemas apabila mengalami kebocoran sewaktu sedang menaiki sebuah bas awam di sana.

Wanita tersebut memberitahu bahawa beliau memang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. dan kebetulan pada hari kejadian, itu merupakan hari pertama beliau datang bulan.

Beliau yang memakai skirt pendek mula merasai titisan darah haidnya membasahi kain skirtnya dan pangkal pahanya tetapi tidak mahu berbuat sesuatu kerana berasa malu dengan penumpang-penumpang lain yang berada di dalam bas tersebut.

Lelaki Ini Jadi Hero Gadis ‘Period’ Yang Tiba-Tiba ‘Bocor’ Di Dalam Bas

Namun, tanpa disangka-sangka, seorang lelaki telah datang menghampiri beliau dan sengaja menumpahkan susu strawberi pada skirt wanita tersebut. Lelaki itu kemudiannya telah ‘meminta maaf’ dan menghulurkan kertas tisu yang banyak untuk wanita itu membersihkan sisa susu strawberi itu.

Tidak berhenti setakat di situ, lelaki itu kemudiannya telah memberikan jaket yang sedang dipakainya pada ketika itu untuk diletakkan pada pinggang wanita tersebut. Mengetahui niat lelaki itu sekadar ingin membantunya, wanita tersebut kekal tenang dan tidak membuat sebarang kekecohan di sepanjang ‘babak’ itu berjalan.

Lelaki Ini Jadi Hero Gadis ‘Period’ Yang Tiba-Tiba ‘Bocor’ Di Dalam Bas

Lelaki itu kemudiannya telah turun di stesen yang berikutnya tanpa sempat memperkenalkan dirinya kepada wanita tersebut.

Terharu dengan bantuan yang diterimanya itu, wanita itu cuba untuk menjejaki lelaki misteri itu menerusi laman media sosialnya.

Akhirnya, dengan bantuan netizen, wanita tersebut telah berjaya menjejaki lelaki misteri tersebut apabila kawan lelaki itu, Ee Dong Gun telah mendedahkan identiti sebenar lelaki misteri tersebut.

Dikenali sebagai Kang Sung Hyun, lelaki ini  merupakan insan mulia yang membantu wanita itu sewaktu beliau ‘ditimpa’ kesusahan ketika menaiki bas tempoh hari.

Wanita itu kemudiannya telah bertemu dengan Sung Hyun untuk mengucapkan terima kasih selain menggantikan jaketnya yang kotor pada hari kejadian. Walau bagaimana pun, pemberian wanita itu telah ditolak oleh Sung Hyun secara baik dan memberitahu yang beliau memang benar-benar berniat mahu membantu.

No comments:

Powered by Blogger.