Header Ads

Peminat Teruja Nampak Baby Bump Siti Nurhaliza

Peminat Teruja Nampak Baby Bump Siti Nurhaliza

Baru-baru ini Datuk Siti Nurhaliza ada menerima kunjungan daripada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang di kediamannya beberapa hari lalu.

Namun apa yang menarik perhatian adalah renungan tajam peminat beliau yang mendakwa melihat perubahan fizikal pada perut Siti. Secara ringkasnya mereka melihat ‘baby bump’ Siti yang sedikit kelihatan.

Kalau masih ingat pernah suatu ketika dulu kecoh berita Siti sedang hamil kerana tersebarnya laporan ujian darah di sebuah hospital lapor ROTIKAYA.

Peminat Dakwa Lihat Baby Bump Siti Nurhaliza

Tanpa memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara itu, berita tersebut berlalu begitu sahaja. 

Sekarang pula kecoh gambar yang dimuat naik di Instagram memperlihatkan ‘baby bump’ beliau.

Malah ruangan komen di akaun Instagram penyanyi tersebut juga penuh dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat yang menyangka beliau sedang hamil.

Peminat Dakwa Lihat Baby Bump Siti Nurhaliza

Siapa tidak teruja setelah sekian lama menantikan berita gembira ini, akhirnya penantian mereka terjawab. Pastinya peminat Siti tidak sabar mendengar berita ini dari mulutnya sendiri.

Peminat Dakwa Lihat Baby Bump Siti Nurhaliza

Peminat Dakwa Lihat Baby Bump Siti Nurhaliza

Peminat Dakwa Lihat Baby Bump Siti Nurhaliza

Peminat Dakwa Lihat Baby Bump Siti Nurhaliza

Apapun buat setakat ini Siti masih lagi berdiam diri dengan dakwaan ini. Namun jika benar apa yang diperkatakan, tahniah diucapkan buat Siti dan suami di atas berita gembira ini.

Tetapi jika ianya hanya desas-desus sahaja, kami doakan pasangan ini akan dikurniakan rezeki anak suatu hari nanti.

(Baca: Selepas 11 Tahun Mencuba, Siti Nurhaliza Akhirnya Hamil 4 Bulan)

No comments:

Powered by Blogger.