Bakal Tinggalkan MeleTOP, Ini Luahan Neelofa Yang Menyentuh Perasaan
Pengacara sensasi Neelofa telah membuat satu luahan perasaan yang menyentuh hati tentang program MeleTOP.
Luahan ini dibuat di laman media Instagram pada malam Selasa mengundang perhatian ramai para peminatnya.
Tulisan dari Neelofa itu membuatkan ramai menyangka Neelofa memberi bayangan dia akan meninggalkan program itu selepas lima tahun bertindak sebagai hos.
Neelofa dmelahirkan rasa bertuah dapat menjadi ahli keluarga besar MeleTOP dan rancangan itu akan sentiasa berada di dalam hatinya.
Ini antara kata kata Neelofa:
"Lima tahun bersama progrm itu dan saya membesar bersama MeleTOP (saya mula mengacara program itu ketika berusia 23 tahun) di tambah dengan krew yang terbaik dan tidak ketinggalan rakan pengacara, Nabil yang banyak saya kutip ilmu daripadanya.
"Saya cukup bertuah dapat menjadi hos sebuah program dengan rating tertinggi dan paling lama bertahan dalam industri.
"MeleTOP akan sentiasa ada tempat di hati saya dan studio ini membuatkan saya rasa seperti di rumah sendiri," tulisnya.
"Di sinilah saya berpeluang bertemu orang ramai dari pelbagai latar belakang termasuk selebriti, ahli politik dan atlet di mana mereka berkongsi pengalaman dan pandangan bersama penonton.
"Lebih penting semua peminat saya dari dekat atau pun jauh datang untuk berjumpa dengan saya,"
Ini luahan hati penuh dari Neelofa di IG miliknya:
#MeleTOP , this is my pitstop every Tuesday, for the past 5 years, where i have met people from all walks of life, from celebrities to politicians to sportsmen, where they have shared their experiences and views with the audience and most importantly, where all my fans, from near and far have come to see me in person. 5 years with the show, i basically grow up with @Meletop ( i started hosting the show when i was only 23 ), with the fantastic team and my forever crazy co-host Nabil I have learnt so many things. I feel very lucky and blessed to be able to host one of the highest rated and longest running weekly shows in the this industry! #MeleTOP will always have a special, special spot in my heart because this studio will always feel like home.
Sementara itu, para peminat Neelofa memohon agar pelakon popular itu terus kekal mengendalikan rancangan MeleTOP.
Banyak komen-komen yang mahu Neelofa terus menjadi hos rancangan itu. Katanya, MeleTOP tidak akan sama tanpa kehadirannya kerana Neelofa.
No comments: