Header Ads

Pemilik Dobi Layan Diri 'Mesra Muslim' Akhirnya Tampil Mohon Maaf

Pemilik Dobi Layan Diri 'Mesra Muslim' Akhirnya Tampil Mohon Maaf

Susulan daripada titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim kepada pemilik dobi ‘mesra muslim’ supaya memohon maaf atas tindakannya yang memalukan negeri Johor dengan menggunakan nama Islam dalam perniagaan dobinya sehingga menimbulkan kontroversi.

Akur terhadap titah Sultan Johor, pemilik dobi berkenaan telah memohon maaf atas perbuatannya dan telah mematuhi titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk menurunkan papan tanda berkenaan.

"Saya kesal dengan isu ini dan akan mematuhi titah Tuanku," kata pemilik dobi di Taman Seri Cempaka yang enggan namanya didedahkan.

Pemilik dobi ‘mesra muslim’ itu telah menurunkan papan tanda itu pada pagi Rabu susulan laporan yang dikeluarkan oleh The Star.

"Saya tidak sedar mengenai perkara itu pada awalnya. Saya hanya mengetahuinya selepas rakan-rakan memaklumkan tentang titah Tuanku," katanya pada Rabu.

Hasil tinjauan yang dilakukan oleh The Star pada Rabu menunjukkan papan tanda itu tidak lagi dipamerkan di pintu masuk dobi berkenaan, namun masih beroperasi seperti biasa.

Akur Dengan Titah Sultan, Pemilik Dobi Layan Diri 'Mesra Muslim' Mohon Maaf

Tuanku Sultan Johor menitahkan agar dobi kontroversi yang hanya membenarkan pelanggan Muslim untuk menggunakannya agar menghentikan diskriminasi tersebut atau berdepan risiko ditutup oleh baginda.

"Beta tidak boleh terima perkara mengarut seperti ini. Ini adalah negeri Johor, negeri milik Bangsa Johor dan milik semua rakyat tidak kira bangsa dan agama. Negeri ini adalah progresif, moden dan bersederhana.

"Ini bukan negara Taliban dan sebagai Ketua Agama Islam di Johor, beta merasakan tindakan ini sama sekali tidak boleh diterima dan bersifat ekstremis," titah baginda.

Sultan Ibrahim turut mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abdul Mutalip Abd Rahim, majlis agama dan majlis daerah untuk menyiasat perkara itu.

Minggu lalu tularnya satu gambar dobi mesra Muslim di laman sosial facebook dilaporkan hanya pelanggan Islam sahaja dibenarkan menggunakan mesin pencuci pakaian di premis itu.

No comments:

Powered by Blogger.