Header Ads

Konsert Dangdut Depan Masjid Dikecam Netizen

Konsert Dangdut Depan Masjid Dikecam Netizen

Heboh di media sosial baru-baru ini apabila satu konsert dangdut diadakan di pekarangan sebuah masjid di Tasikmalaya di Jawa Barat, Indonesia.

Rata-rata netizen menyelar penganjur konsert tersebut kerana tidak menghormati tempat ibadat umat Islam.

Beberapa gambar menunjukkan seorang penyanyi dangdut wanita beraksi di pekarangan Masjid Agung Kabupaten Tasikmalaya.

Netizen Bengang Dengan Konsert Dangdut Di Depan Masjid

Menurut laporan Jawa Pos, konsert itu diadakan pada Sabtu lalu sempena sambutan ulang tahun ke-385 bandar berkenaan.

Selepas menerima banyak kritikan Datuk Bandar Tasikmalaya, Ruzhanul Ulum meminta maaf kerana menjadikan pekarangan masjid sebagai tapak konsert.

“Saya meminta maaf sekiranya tempat ini dianggap kurang sesuai. Kami terpaksa menggunakan tempat ini kerana tiada lokasi yang sesuai,” jelasnya.

No comments:

Powered by Blogger.