7 Keistimewaan Kahwini Wanita Janda Dari Anak Dara
Jika dulu lelaki bujang yang berkahwin dengan wanita janda akan dipandang serong. Namun kini wanita janda tidak lagi dipandang negatif dan tiada lagi ketidakadilan.
Sebahagian besar lelaki ingin berkahwin dengan wanita bujang. Namun ramai juga lelaki yang yang lebih sukakan wanita janda kerana dianggap mempunyai banyak kelebihan berbanding anak dara.
1. BANYAK TAHU TENTANG HUBUNGAN
Wanita janda tahu lebih banyak lelaki dan mempunyai pengalaman yang cukup. Bukan itu je, mereka lebih memahami dunia batin seorang lelaki dan tahu apa yang harus dilakukan.
2. JANDA TIDAK BANYAK KERENAH
Seorang janda yang mempunyai anak tidak banyak bermimpi tentang hubungan. Mereka tidak lagi memerlukan lelaki romantik, penuh dengan kata manja kerana pernah bermimpi di perkahwinan pertamanya.
3. MEREKA AKAN ‘MEMATANGKAN’ ANDA
Pengalaman masa lalu banyak mendidik tentang apa harus diberikan pada suami dan bagaimana dia membuat seorang lelaki benar-benar memainkan peranannya di rumah tangga. Selain itu, peranan seorang isteri bagi dia akan lebih sempurna.
4. MEMILIKI PENGALAMAN MEMBESARKAN ANAK
Membesarkan anak bukan mudah. Bagi ibu tunggal, membesarkan seorang anak bukan perkara mudah. Namun pengalaman akan mendewasakan dia dan lebih teruja menantikan anak bersama lebih enjoy lagi ketika melahirkan anak kedua bersama anda.
5. JANDA TIDAK MANJA
Pengalaman mematangkan diri mereka. Bergelar janda bukan perkara mudah. Jadi jika berkahwin dengan janda, anda tidak perlu bimbang kerana dia tidak akan manja dan menyusahkan anda. Pergi kemana pun sendiri tanda ditemani oleh sesiapa.
6. TAHU APA ERTI KEBAHAGIAAN DALAM RUMAH TANGGA
Selalunya punca utama perceraian adalah kerana kurangnya kebahagiaan dalam rumah tangga. Apabila berkahwin kali kedua, mereka akan keharmonian rumah tangga dan menjadi isteri yang baik.
7. TIDAK MUDAH CEMBURU
Dia tahu, dia sedar bahawa dirinya seorang janda yang sudah mempunyai anak. Tapi jika seseorang lelaki itu menjadikannya suri hati, mereka akan menilai anda sebagai lelaki yang tidak melihat wanita dari fizikal semata-mata.
No comments: