Header Ads

Elfira Loy Berlatih Jadi Seorang Isteri Mithali Untuk Sufian Suhaimi

Elfira Loy Berlatih Jadi Seorang Isteri Mithali Untuk Sufian Suhaimi

Bakal bergelar isteri kepada Sufian Suhaimi, Elfira Loy memberitahu dirinya sudah mulai berlatih membuat persiapan diri dan mengubah rutin harian bagi membiasakan diri menjadi seorang isteri. 

Malah, Elfira juga turut diminta ibunya untuk belajar memasak serta melakukan kerja rumah lain.

Elfira Loy Mula Berlatih Jadi Isteri Kepada Sufian Suhaimi

“Ibu saya meminta saya untuk ubah rutin harian saya dan membuat persiapan diri untuk menjadi seorang isteri kelak. Kini selepas solat Subuh, saya tidak dibenarkan tidur dan terus bangun membuat kerja rumah serta memasak. Ibu saya pesan kerja rumah bukan hanya perlu dilakukan apabila ia bersepah tetapi perlu dilakukan setiap hari”

Elfira Loy Berlatih Jadi Seorang Isteri

“Selain buat kerja rumah, saya juga belajar memasak. Sufian lelaki yang matang dan serius dalam perhubungan. Bila dia kata nak kenal dengan saya itu dia benar-benar serius sehingga berani melangkah ke fasa merisik. Saya sudah berjumpa dengan ramai lelaki dan tiada lelaki yang masih bersama saya selepas tiga bulan seperti dia,” katanya kepada Astro Gempak.

Elfira Loy Berlatih Jadi Isteri

Terdahulu, Elfira telah mengumumkan bakal melangsungkan majlis pertunangan pada bulan Oktober nanti. Manakala majlis pernikahan pula dirancang pada tahun depan.

Namun tarikh pasti bagi pasangan ini ditunangkan masih belum ditetapkan. Wah, beruntung Sufian mendapat isteri seperti Elfira, awal-awal lagi sudah membuat persiapan.

Elfira Loy Berlatih Jadi Isteri

Elfira Loy Berlatih Jadi Isteri

Elfira Loy Berlatih Jadi Isteri

Elfira Loy Berlatih Jadi Isteri

No comments:

Powered by Blogger.