Rohingya Bangsa Tak Sedar Diri. Ini Sebab Kenapa Myanmar Dan Bangladesh Tidak Mengiktiraf Mereka.
Keberanian etnik Rohingya membuat kekecohan di Kuala Lumpur menerusi demonstrasi haram telah membuka mata seluruh rakyat Malaysia tentang biadapnya mereka.
Memetik KiniTv, Seramai 44 warga Rohingya ditahan polis semasa mengadakan perhimpunan haram di hadapan bangunan Lembaga Tabung Haji (TH) di Jalan Tun Razak, di sini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata mereka ditahan kerana cuba melakukan provokasi ketika diminta polis untuk bersurai.
Katanya lebih 1,000 warga Rohingya berkumpul di sini sejak pukul 8 pagi untuk berarak bagi menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang Hilir di sini atas kekejaman dan pembunuhan umat Islam Rohingya di Myanmar.
Warga Rohingya berkenaan dipercayai datang dari seluruh Malaysia dengan menaiki bas yang dikelolakan mereka sendiri bagi menyerahkan memorandum berkenaan.
"Namun, apabila sudah diserahkan memorandum itu, mereka terus berkumpul dan bertindak agresif sehingga memaksa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menahan mereka," katanya ketika ditemui pemberita.
Namun, benarkah bangsa Rohingya ini tidak sedar diri? Ikuti tulisan saudara Mohd Faizal Zulkifly yang bakal membuat anda faham siapa sebenarnya mereka.
ROHINGYA BANGSA TAK SEDAR DIRI
Aku dapat berita di Dhaka ni bahawa sekumpulan masyarakat Rohingya telah mengadakan demonstrasi di KL.
Memandangkan Bangladesh juga terpalit isu Rohingya ini memandangkan mereka yang paling rapat dari segi budaya, bahasa dan geografi, aku bertanya pada business associates di Bangladesh akan pendapat beliau tentang orang Rohingya.
Beliau beritahu memang sebelum perpecahan negara India menjadi Pakistan seterusnya Pakistan berpecah menjadi negara Bangladesh, memang orang Rohingya ini berasal dari tanah Bengal (Selatan Bangladesh) ke Myanmar, dibawa oleh orang2 British sebagai buruh mereka.
Lalu Myanmar mencapai kemerdekaan, mereka tak diiktiraf kewarganegaraannya. Alasannya, kerana mereka mahu mengekalkan identiti mereka sebagai bangsa Rohingya dan tak mahu mengaku sebagai orang Benggali.
Maka dengan pelbagai tekanan dari kerajaan Myanmar maka jadilah mereka pelarian, antara yang paling ramai ialah di Bangladesh.
Oleh sebab ramainya bangsa ini di Bangladesh, mereka telah mendatangkan banyak masalah kepada kerajaan Bangladesh. Mereka mencari masalah dengan orang Bangladesh.
Lalu kerajaan Bangladesh menutup sempadan di Myanmar bagi mengelakkan lebih ramai orang Rohingya masuk.
Baru-baru ini, orang Rohingya telah mendatangkan masalah lebih besar kepada kerajaan Bangladesh.
Seperti yang kita tahu, di Bangladesh ini hampir 99% penduduknya beragama Islam, namun terdapat juga kelompok minoriti Buddha dan Hindu.
Disebabkan dendam mereka pada orang Buddha, orang Rohingya telah bertindak membakar beberapa kuil Buddha di Bangladesh.
Ini menimbulkan ketegangan antara kerajaan Bangladesh dan Myanmar kerana Myanmar menuduh orang Bangladesh yang membakar kuil Buddha.
Maka disebabkan perangai buruk mereka maka nama Bangladesh terpalit sedangkan masyarakat Islam Bangladesh hidup aman tenteram bersama masyarakat Buddha.
Banyak lagi masalah yang ditimbulkan oleh mereka yang menyebabkan bukan sahaja Myanmar, tapi Bangladesh juga tidak mahu mengiktiraf mereka walaupun mereka ini paling hampir dengan orang Bangladesh.
Bagi kita di Malaysia, memang kita simpati dengan nasib mereka yang dibunuh dan diseksa saban hari di Myanmar.
Tapi harus kita tahu juga, sikap bangsa mereka ini sendiri yang menyebabkan mereka enggan diiktiraf oleh mana2 kerajaan sebagai rakyat. Mereka suka mengganggu ketenteraman dan memberontak.
Sebagai negara yang bermurah hati mungkin kita boleh membantu dari segi kebajikan seperti menghantar bantuan makanan dan perubatan, namun untuk memberikan mereka tempat berteduh di tanah air kita, usahlah.
Kelak kita yang menyesal. Tentu ada sebab kenapa pemenang nobel keamanan, Aung San Suu Kyi tidak mahu mengiktiraf bangsa ini di Myanmar.
Jika mereka berkelakuan baik dan berintegrasi dengan baik dengan masyarakat Buddha di Myanmar sudah pasti tak ada masalah untuk mereka diiktiraf.
Hanya satu sebab, BANGSA ROHINGYA TAK SEDAR DIRI.
KISAH INDIGENOUS PEOPLE BANGLADESH VS ROHINGYA
Saat menulis status ini, aku sedang menunggu pesawat Malindo OD165 dari Dhaka ke Kuala Lumpur di malam merdeka. Status aku tengahari tadi telah menyebabkan trafik di FB aku sesak teruk dengan pelbagai respons.
Ada yang setuju dan ada yang memaki hamun aku. Demi Allah, apa yang aku kongsikan bukan bermakna aku membenci dan tidak simpati pada Rohingya. Aku menyokong penuh bantuan yang harus kita hulurkan dengan segala kudrat kita.
Kita juga mesti memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar untuk selesaikan segera isu Rohingya yang tak berkesudahan. Kita tak sanggup lihat mereka dibunuh dan diseksa saban hari. Bagi yang mengenali aku dengan rapat akan tahu betapa aku cintakan kedamaian.
Apa yang aku maksudkan ialah aku mahu bangsa yang seakidahku iaitu Rohingya supaya berubah sikap mereka supaya Myanmar dan dunia mengiktiraf mereka. Bukan bangsa mereka sahaja yang beragama Islam di Myanmar. Ramai lagi orang Burma yang beragama Islam. Kenapa mereka diterima dan kenapa Rohingya tidak?
Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar tentang kisah masyarakat 'Indigeneous People of Bangladesh'. Siapakah mereka? IPB ini adalah kaum2 minoriti di Bangladesh yang berasal dari kawasan pergunungan Himalaya.
Mereka ini tinggal di kawasan Chittagong Hill Tract (CHT), iaitu satu kawasan pergunungan di wilayah Chittagong yang geografinya sangat2 indah. Mereka ini sangat berbeza dari segi rupa, bahasa, budaya dan agama kaum majoriti Benggali di Bangladesh.
Rupa mereka lebih kepada orang Himalayan, seperti utara Nepal dan Bhutan. Al kisah mereka ini dahulu tak jauh beza dengan orang Rohingya, di mana mereka ini bangsa yang tersisih dari komuniti dek kerana perbezaan mereka. Mereka juga tak mahu berintegrasi dengan masyarakat luar, dan tidak mengizinkan orang Benggali datang ke tempat mereka.
Saban hari mereka berperang dengan tentera Bangladesh kerana mempertahankan hak mereka, tanpa mempedulikan agenda kerajaan mewujudkan sebuah negara bangsa yang berintegrasi. Di media, mereka dicanangkan sebagai diseksa dan ditindas oleh kerajaan Bangladesh, dan imej yang disebarkan menunjukkan betapa mereka diperangi dan hak mereka ditidakkan, sama seperti apa yang berlaku pada Rohingya.
Sehinggalah pada satu ketika, kerajaan Bangladesh memutuskan untuk tidak lagi memberi tekanan kepada mereka, sebaliknya mencari jalan untuk rundingan damai. Akhirnya, setelah rundingan demi rundingan, kerajaan Bangladesh bersetuju untuk mengiktiraf mereka sebagai warganegara Bangladesh dan diberi hak yang sama seperti akses pada pendidikan, kesihatan, jawatan dalam kerajaan dan lain2.
Dengan syarat, mereka mesti keluar dari hidup dalam komuniti sendiri dan mesti berintegrasi dengan masyarakat majoriti Benggali. Selepas rundingan itu berjaya, akhirnya kaum2 IPB telah berjaya hidup aman damai dan menikmati hak mereka sebagai warganegara Bangladesh, malah telah berjaya menjadi pegawai tertinggi kerajaan dan profesional dalam pelbagai bidang.
Kaum Benggali juga menerima mereka dengan baik sebagai sebahagian dari komuniti. Tanah asal mereka di Chittagong Hill Tract pula dinaiktaraf oleh kerajaan sebagai destinasi pelancongan tanah tinggi yang amat popular di kalangan pelancong. Ini win-win situation antara kaum tertindas dengan kerajaan. Yang penting, kedua2 pihak perlu bersikap terbuka dalam menyelesaikan isu2 seperti ini.
Aku berharap, formula antara kerajaan Bangladesh dengan kaum2 IPB ini dapat digunapakai oleh kerajaan Myanmar dalam menyelesaikan isu Rohingya. Hanya Myanmar dan Rohingya sahaja yang boleh menyelesaikan isu ini. Bukan meletakkan beban pada negara lain dan akhirnya menyebabkan masalah lain timbul di negara berkenaan, Malaysia khususnya. Kerajaan Malaysia tak harus lagi jadi pendesak, tapi perlu menjadi fasilitator antara kerajaan Myanmar dan masyarakat Rohingya.
No comments: