Header Ads

Solidariti Untuk Penyokong Yang Tak Dapat Tiket Ke Final, Ultras Malaya Tidak Akan Buka Curva

Solidariti Untuk Penyokong Yang Tak Dapat Tiket Ke Final, Ultras Malaya Tidak Akan Buka Curva

Tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia yang layak ke perlawanan akhir untuk Sukan Sea Ke-29 menentang pasukan dari Thailand. Namun, tragedi penjualan tiket secara offline telah mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada penyokong setia pasukan Malaysia.

Hari ini Ultras Malaya iaitu sebuah organisasi yang bergerak secara kolektif untuk turun ke stadium menyokong pasukan Harimau Malaya terpaksa menutup Curva (istilah yang digunakan yang merujuk kepada seat penonton) mereka sebagai tanda solidariti kepada penyokong yang tidak dapat membeli tiket kerana kelemahan sistem penjualan tiket oleh pihak penganjur.

Akibat Kerakusan Ulat Tiket, Ultras Malaya Tutup Curva Sebagai Solidariti Kepada Penyokong Yang Tak Dapat Tiket Ke Stadium

Ultras Malaya Tutup Curva Sebagai Solidariti Kepada Penyokong Yang Tak Dapat Tiket Ke Stadium

Ini terbukti apabila banyak tiket yang dijual oleh ulat tiket di luar sana. Malah ulat tiket ni memperolehi bilangan tiket yang lebih banyak daripada had yang dibenarkan untuk dibeli (5 Tiket Bagi Setiap Individu). Tular juga beberapa gambar yang memaparkan reserve tiket yang dimiliki oleh pihak penganjur. Kepada siapa tiket ini akan diberikan?

Menurut tweet oleh KJ, keputusan perjualan online dibuat akibat pihak eCommerce bahawa payment gateway mereka mungkin tidak dapat menampung transaksi yang tinggi.

Ultras Malaya Tutup Curva Sebagai Solidariti Kepada Penyokong Yang Tak Dapat Tiket Ke Stadium

Ultras Malaya yang selama ini turun dengan penuh semangat telah mengambil keputusan rasmi untuk menutup curva mereka. Ini akan menyebabkan nyanyian dan pukulan gendang yang sering kita dengar ketika perlawanan Malaysia mungkin tidak akan ada pada perlawanan akhir nanti.

Exploitasi tiket seperti ini memang sangat mendukacitakan peminat bola sepak. Kelebihan yang digunakan oleh pihak tertentu telah menyebabkan ribuan penyokong yang datang dari jauh tidak dapat menonton perlawanan akhir Malaysia menentang Thailand.

Penjualan tiket secara offline tanpa perlaksanaan yang betul memang membawa bencana kepada pihak pengurusan dan juga penyokong yang benar benar ingin turun ke stadium menyokong pasukan bola sepak Malaysia.

Anda saksikan sendiri gambar di bawah yang pasti membuat anda naik angin.

Ultras Malaya Tutup Curva Sebagai Solidariti Kepada Penyokong Yang Tak Dapat Tiket Ke Stadium

Ultras Malaya Tutup Curva Sebagai Solidariti Kepada Penyokong Yang Tak Dapat Tiket Ke Stadium

Ultras Malaya Tidak Akan Buka Curva

Ultras Malaya Tidak Akan Buka Curva

Ultras Malaya Tidak Akan Buka Curva

Ultras Malaya Tidak Akan Buka Curva

Ultras Malaya Tidak Akan Buka Curva

Ultras Malaya Tidak Akan Buka Curva

Pasti korang tertanya-tanya, apa kejadahnya, atau takde effect pun kalau Ultras Malaya buka tutup curva. Eh, jangan cakap apa-apa dulu sebelum melihat video di bawah yang pasti membangkitkan semangat, meremangkan bulu roma dan ada kes bergenang air mata. Hidup Ultras Malaya!


(Baca: Walaupun Menjadi Sasaran Utama Atas Kelemahan Sukan Sea 2017, KJ Telah Melakukan Yang Terbaik!)

No comments:

Powered by Blogger.