Pengakuan Berani Mati Joy Revfa, Hafiz Hamidun Tidak Melayannya Sebagai Seorang Isteri
Mengambil tindakan membatalkan perkahwinan selepas mendirikan rumah tangga beberapa bulan, Joy Revfa ingin mempertahankan hak sebagai wanita kerana menganggap dirinya teraniaya selepas Hafiz Hamidun tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami.
“Sejak berkahwin, kami hanya sempat tinggal serumah selama enam hari sebelum dia tiba-tiba muncul pada 23 Mei lalu dan memberitahu perkahwinan kami tidak sah. Sepanjang bersama, saya tak nafikan dia adalah suami yang penyayang dan kami melalui kehidupan seperti suami isteri lain. Selebihnya, saya tak mahu kongsi kerana terlalu peribadi”
“Saya yakin pernikahan kami memang sah di sisi undang-undang dan agama. Saya tidak meragui perkara itu, tetapi dia sebaliknya. Sepanjang tempoh itu, saya ada menghubunginya dan merayu supaya dia kembali. Saya rasa tidak adil untuk saya dilayan sedemikian rupa,” jelasnya kepada Harian Metro mengenai punca pergolakan perkahwinannya.
Sementara itu Hafiz sempat memberitahu, beliau turut sama menfailkan permohonan Faraq pagi ini namun pihak isterinya berbuat demikian terlebih dahulu. Pun begitu selebihnya, Hafiz enggan memberikan sebarang komen mengenainya dan hanya menunggu sebutan kes pada 14 September depan. Untuk pengetahuan pasangan ini berkahwin pada 1 Mei lalu.
Bagaimanapun sejak beberapa minggu lalu, rumah tangga pasangan ini mula bergolak dan berbalas komen di Instagram mempertahankan diri masing-masing. Pelbagai isu dimainkan antaranya soal batin dan status perkahwinan Joy yang terdahulu. Diharap masalah mereka ini dapat diselesaikan denga cara yang baik walaupun berakhir dengan penceraian.
No comments: