Header Ads

Hafiz Hamidun Nak Selesai Cara Baik. Tapi, Joy Revfa..

Hafiz Hamidun Nak Selesai Cara Baik. Tapi, Joy Revfa..

Bukan menyalahkan pihak lain tetapi Hafiz Hamidun terkejut apabila isterinya, Joy Revfa menfailkan permohonan pembubaran perkahwinan mereka terlebih dahulu sehingga menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan permohonan sama.

Malah Hafiz juga tidak menyangka isterinya memanggil media biarpun sudah bersetuju untuk berbincang dengan baik.

Hafiz Hamidun Terkejut Joy Revfa Fail Batal Nikah Dahulu

“Kehadiran saya ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi ini bagi mengikut prosedur memfailkan permohonan pembubaran perkahwinan, tetapi tidak dapat didaftar kerana berlaku pertindihan permohonan. Tanpa pengetahuan saya, dia terlebih dulu memfailkan permohonan sama Jumaat lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam”

“Mahkamah tidak boleh menerima dua permohonan daripada mahkamah berbeza. Seperti yang dipersetujui bersama, kami sebenarnya mahu menyelesaikan masalah ini secara baik tetapi nampaknya dia memulakan kenyataan umum menerusi sidang media”

“Jadi saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai isu ini. Saya akan memberi kenyataan selepas mendapat keputusan mahkamah. Kenyataan itu hanya berdasarkan fakta dan bukan emosi,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Hafiz Hamidun Terkejut Joy Revfa Fail Pembubaran Perkahwinan Dahulu

Pagi tadi, menerusi beberapa media, Joy memberitahu ingin membubarkan perkahwinan beliau dan Hafiz kerana mendakwa penyanyi itu tidak memberikan nafkah zahir dan batin kerana status perkahwinannya sebelum ini. Manakala Hafiz enggan memberikan komen lanjut kerana tidak mahu menganggu proses mahkamah. 

No comments:

Powered by Blogger.