Header Ads

Selamat Kantoi Mabuk Dan Berjoli Dengan Wanita Lain (Video)

Cerita pasangan unik, Selamat, 16 dan Rohaya,17 kembali menggemparkan media tempatan dan orang awam apabila sebuah video yang didakwa Selamat edang asyik berjoli dengan wanita lain di sebuah pesta menjadi viral.

Seperti diketahui, pernikahan pasangan 16 tahun dan 71 tahun Selamat dan Rohaya membuatkan semua orang terkejut.

Tidak hanya itu, kisah-kisah yang menarik perhatian ramai selepas keduanya bernikah juga sangat viral, mula dari Selamat mengurung isteri kerana takut dirampas orang lain, sehinggalah kisah Selamat enggan pergi solat jumaat kerana takut rindukan isteri.

Selamat Kantoi Mabuk Dan Berjoli Dengan Wanita Lain

Kedua pasangan ini telah menjadi 'selebriti' jemputan program Hitam Putih yang dihoskan oleh Deddy Corbuzier.

Setelah menjadi tetamu di Jakarta, keduanya sempat berkunjung ke Monas sebelum akhirnya bertolak kembali ke kampung halaman mereka di Baturaja, Ogan Komering Ulu.

Bagaimanapun selepas mereka pulang, sebuah video viral di laman media sosial yang mengatakan selamat kantoi mabuk dan berjoli dengan beberapa wanita dalam sebuah pesta pernikahan.

Seperti yang terlihat dari video di youtube, yang dimuatnaik akaun Berita Total, 17 Julai kelmarin.

Walaupun suasana kelihatan gelap, namun beberapa kali sinar lampu memperlihatkan dengan jelas Selamat menikmati alunan muzik itu.

Beberapa netizen pada awalnya tidak percaya bahawa dalam video berkenan adalah Selamat, namun kata-kata yang diucapkan lelaki di dalam video membuat netizen yakin lelaki tersebut adalah Selamat.

Seorang wanita dalam video terdengar mengatakan “Artis mana ini, yang nikah dengan nenek-nenek kemarin, mano nenek-nenek itu?”


No comments:

Powered by Blogger.