Header Ads

Chester Bennington, Penyanyi Lagenda Linkin Park Disahkan Maut Akibat Bunuh Diri

Penyanyi lagenda Band Linkin Park, Chester Bennington yang berusia 41 tahun disahkan mati akibat bunuh diri. Mayatnya hanya ditemui pada 9 pagi pada hari khamis, 20 Julai di rumahnya di Los Angeles. Chester dilaporkan maut akibat menggantung diri.

Chester Bennington, Penyanyi Lagenda Linkin Park Disahkan Maut Akibat Bunuh Diri

Selepas sahaja berita kematiannya disebarkan, rakan seperjuangannya yang juga merupakan penyanyi Linkin Park, Mike Shinoda telah mengesahkan berita itu.

Kata Mike di laman akaun Twitter miliknya, "Mengejutkan dan sangat mendukacitakan. Tapi, ia benar berlaku.."

Penyanyi Linkin Park, Chester Bennington Mati Bunuh Diri

Chester dilaporkan menderita dengan ketagihan dadah dan alkohol. Dia meninggalkan 6 orang anak hasil daripada dua perkahwinan.

Chester juga merupakan kawan rapat kepada Chris Cornell, ahli Soundgarden yang juga mati akibat membunuh diri pada bulan May lepas. Malah Chester juga sempat membuat persembahan di majlis kematian sahabat baiknya itu.

Bersama Linkin Park, mereka terkenal dengan lagu hit One Step Closer, Numb, In The End, Crawling dan What I've Become. Chester pernah menggantikan tempat Scott Weiland sebagai vokalis Stone Temple Pilot.

Album terakhir Linkin Park bersama Bennington, One More Light, melahirkan single Heavy yang agak lari dari konsep muzik Linkin Park sebelum ini mendapat kritikan peminat walaupun muzik Linkin Park diakui sering berubah.

Untuk anda yang meminati Band Linkin Park, pasti anda berdukacita dengan berita kematian vokalis kesayangan anda ini.


(Baca: Fakta Mengenai Penyanyi Linkin Park, Chester Bennington Yang Ramai Tak Tahu)

No comments:

Powered by Blogger.