Header Ads

Misteri Bapa yang Sudah Mati Hantar Emel Kepada Anak Terbongkar

Bapa Hantui Anak, ‘Hantar Emel Dari Kubur’

Seorang lelaki terkejut apabila menerima emel daripada bapanya sedangkan lelaki itu sudah meninggal dunia dua tahun lalu.

Mesej yang diterimanya itu ada yang sedih dan ada juga yang kelakar lapor Mynewshub.

Misteri Bapa yang Sudah Mati Hantar Emel Kepada Anak Terbongkar

“Aku selalu cakap pada kau bahawa aku akan kembali dan menghantui kau. Hello Anak, aku berhubung dengan kau dari kubur, woooooo,’’ demikian emel mengejutkan yang diterima anaknya itu.

Rupa-rupanya bapanya menggunakan laman web FutureMe, yang membolehkan pengguna menghantar emel untuk masa depan kepada orang lain.


“Ketika kau membaca emel ini, aku telahpun meninggal dunia. Diharapkan ketika ini kau telah mengatur hidupmu tanpa orang tua ini dan kau juga telah membantu ibumu mengatur hidupnya.

“Aku yakin sepenuhnya bahawa kau akan menjaganya (ibu) sepertimana aku melakukannya,’’ demikian antara emel yang diterima oleh anaknya itu.

Lelaki berkenaan yang memuatnaik perkara berkenaan dalam Reddit berkata, bapanya itu menyatakan betapa dia bangga dengan anaknya itu dan menyayanginya.

Dalam pada itu FutureMe menyatakan, biasanya masa depan akan mencerminkan kembali masa lalu dan laman web berkenaan berbuat demikian untuk mengembalikan kenangan berkenaan.

No comments:

Powered by Blogger.