Hafidz Roshdi Kena Perli Oleh Uqasha Isu Tunang Cemburu
SEBELUM ini, pelakon Hafidz Roshdi pernah mengakui bahawa tunangnya cemburu melihat kemesraannya bersama pelakon jelita, Uqasha Senrose dan kini, Uqasha pula meluahkan perasaannya berkaitan perkara tersebut.
Hafidz bagaimanapun tidak menyalah Uqasha dan menurutnya, dia berjaya menerangkan perkara sebenar kepada tunangnya bahawa dia dan Uqasha bermesra serta memuat naik gambar di akaun Instagram hanyalah bertujuan untuk mempromosikan drama mereka lapor Mynewshub.
Hafidz juga menyatakan bahawa tunangnya sudah memahami tugasnya sebagai pelakon dan rasa cemburu itu membuktikan perasaan sayang dan cinta tunangnya.
“Dia berasa cemburu melihat saya dan wanita lain kerana dia mempunyai perasaan sayang terhadap diri saya.”
Walau bagaimanapun, perkara itu tidak menemui noktah kerana menerusi tweet di akaun Twitternya, Uqasha dilihat memerli dan meluahkan perasaannya terhadap tunang Hafidz Roshdi yang menurutnya bersikap kebudak-budakan.
Uqasha turut menjelaskan apa yang dilakukan bersama pelakon lelaki itu hanyalah lakonan dan tidak mempunyai sebarang perasaan.
Tweet itu mendapat perhatian dari peminat Uqasha dan kemudian Uqasha menjelaskan bahawa perkara ini semakin menjadi kerana dirinya tidak pernah bersuara apa-apa.
No comments: