Kemesraan Hafidz Roshdi Dengan Uqasha Buat Tunang Cemburu
PELAKON Hafidz Roshdi berkongsi kisah berkenaan tunangnya yang mengakui mempunyai perasaan cemburu melihat kemesraan dan keakrabannya bersama pelakon jelita, Uqasha Senrose lapor Mynewshub.
“Tunang saya pernah meluahkan perasaan cemburu apabila saya selalu memuat naik gambar bersama Uqasha di laman sosial dan begitu juga sebaliknya”
“Pada permulaannya mungkin tunang saya tidak memahami apa yang kami lakukan itu sekadar untuk mempromosikan drama yang sedang ditayangkan sekarang”
“Dalam perkara seperti ini, saya terpaksa bertindak dengan pantas dan menjelaskan secara mendalam mengapa kami berbuat demikian supaya tidak menimbulkan salah faham”
“Dia berasa cemburu melihat saya dan wanita lain kerana dia mempunyai perasaan sayang terhadap diri saya”
Hafidz juga enggan mengulas dengan lebih terperinci mengenai tunangnya yang masih meneruskan pengajian di peringkat ijazah.
No comments: