Dipaksa Kahwin Dengan Lelaki 40 Tahun, Budak Perempuan 8 Tahun Maut di Malam Pertama
Kejadian ini dilaporkan berlaku di Rawan, Yaman di mana seorang budak yang berusia 8 tahun telah dipaksa mengahwini seorang lelaki yang berusia 40 tahun. Jarak usia antara pasangan terbabit mencetuskan persoalan dan tentangan daripada pelbagai pihak.
Namun, perkahwinan dilaporkan tetap diteruskan dan malang bagi pengantin perempuan 8 tahun itu kerana maut selepas malam pertama. Punca kematiannya dilaporkan kerana kecederaan dalaman, pendarahan hasil daripada trauma seks.
Kini, ibu bapa kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun itu telah ditangkap dan disoal siasat, Suami kepada kanak-kanak perempuan itu turut disoal siasat.
Kes ini membuka mata dunia betapa seriusnya kes penindasan terhadap kanak-kanak terutamanya kanak-kanak perempuan.
Di sini, kami kongsikan kepada anda lagi kes penindasan dan keganasan yang beraku terhadap kanak-kanak perempuan di seluruh dunia yang menjadi perhatian dunia.
Kisah budak perempuan 8 tahun dari Yaman yang dipaksa mengahwini lelaki 40 tahun.
Kisah Khanzadi Lashari, 17 tahun yang dibunuh di malam pertama oleh suaminya, Qalandar Khokhar yang juga sepupunya kerana sudah tiada dara.
Kisah Ayesha MohammedZai yang dipotong hidung dan telinganya oleh suami dan adiknya.
Kisah Sahar Ghoul, 12 tahun yang menolak lamaran dan dia akhirnya dikurung selama 5 bulan dan dipukul dengan wayar elektrik.
Sila kongsikan artikel ini kepada semua untuk membuka mata-mata di luar sana tenttang betapa teruknya kekejaman dan penindasan terhadap kaum hawa kini.
No comments: