Header Ads

Ungkapan Terakhir Budak 3 Tahun Sebelum Mati Lemas Terperangkap Dalam Kereta

Ungkapan Terakhir Kanak-Kanak 3 Tahun Mati Lemas Terperangkap Dalam Kereta Buat Ramai Sebak | LANGKAWI: Seorang kanak-kanak empat tahun Muhammad Asyraaf Abdullah yang dilaporkan meninggal dunia selepas terperangkap di dalam kereta lama di luar rumahnya semalam dikatakan telah memnyebut ungkapan terakhir iaitu 'Sayang ibu' di mana ungkapan itu masih terngiang-ngiang di telinga ibunya Zainun Mohamad, 38, lapor Bernama.

Beliau berkata Asyraaf meluahkan perkataan itu pada malam sebelum sebelum kejadian di mana arwah hendak tidur dan tidak menyangka ia akan menjadi petanda, anak angkatnya itu akan meninggalkannya buat selama-lamanya.

Ungkapan Terakhir Budak 3 Tahun Sebelum Mati Lemas Terperangkap Dalam Kereta

"Beberapa hari ini pun Asyraaf nampak lebih manja dan minta disuapkan kalau nak makan," katanya.

Menurut beliau ketika kejadian di berada di tempat kerja dan terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada suaminya, Ariffin Zainuddin, 43, pada 4 petang semalam di mana meberitahu anak mereka tidak sedarkan diri selepas terperangkap di dalam kereta yang terletak bersebelahan rumah.

"Asyraaf dibawa ke hospital dan apabila saya tiba di sana, saya diberitahu anak saya sudah tiada lagi."

"Asyraaf biasanya ditinggalkan bersama pengasuh sekiranya beliau bekerja namun setelah Ariffin tidak bekerja sejak beberapa bulan lepas, arwah tinggal bersama-sama suaminya.

"Arwah ni memang jenis anak yang aktif dan sebelum ini pun saya memang nampak dia selalu bermain dalam kereta yang rosak tu tapi tak ada apa-apa yang berlaku," katanya.

Petang semalam, mangsa dipercayai telah keluar dari rumah tanpa disedari bapanya sebelum memasuki kereta Nissan Sunny yang sudah lama tidak digunakan kerana rosak.

Bagaimanapun, mangsa gagal keluar semula dari kenderaan tersebut.

Jenazah Asyraaf telah selamat dikebumikan di sini malam tadi.

Ungkapan Terakhir Kanak-Kanak 3 Tahun Mati Lemas Terperangkap Dalam Kereta Buat Ramai Sebak

No comments:

Powered by Blogger.