Header Ads

Pelajar Tahun 6 Maut Disambar Petir

Kisah Sebenar Murid Tahun 6 Maut Disambar Petir | KAMPAR, 24 Mac - Seorang murid tahun enam meninggal dunia akibat dipanah petir ketika bermain bola di Taman Chaya Kampar berhampiran rumahnya petang tadi.

Laporan dari Sinar Online menyatakan, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Muhammad Udin Dulkafi, 12, dipercayai sedang bermain bola bersama dengan empat rakannya di padang berkenaan ketika cuaca hujan dan guruh.

Pelajar Tahun 6 Maut Disambar Petir

Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, siasatan awal mendapati ketika kejadian cuaca baru mula hujan.

Menurutnya juga, mangsa tiba-tiba rebah selepas kedengaran satu dentuman guruh di kawasan padang tersebut.

"Kejadian itu disaksikan jiran berhampiran yang kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Kampar untuk mendapatkan rawatan.

"Namun mangsa disahkan meninggal dunia selepas doktor menjalankan pemeriksaan ke atasnya," kata beliau.

Tambah beliau juga, jiran mangsa itu turut membuat laporan polis berhubung kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar.

"Keputusan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kejutan elektrik oleh panahan kilat," jelasnya. 

No comments:

Powered by Blogger.