Header Ads

Wanita Singapura sanggup sewa lelaki sempena Tahun Baru Cina

Wanita Singapura rela bayar RM2,000 sejam sewa lelaki, elak soalan kahwin oleh keluarga di Tahun Baru Cina | Tiada teman lelaki tetapi malas menjawab isu jodoh memaksa sebilangan wanita menghabiskan ribuan ringgit, khususnya demi Tahun Baru Cina.

Dengan bantuan khidmat “teman lelaki untuk sewaan”, seseorang wanita dapat mengelak soal jodoh diungkit-ungkit lagi dan perayaan ini dapat disambut dengan senang hati.

Wanita Singapura sanggup lelaki sempena Tahun Baru Cina
Gambar hiasan.

Sewaktu majlis makan besar dan pertemuan di hari penting ini, agensi-agensi penyedia khidmat tersebut menerima peningkatan tempahan sehingga 25 peratus menjelang Tahun Baru Cina, lapor portal The New Paper.

Walau amalan ini tidaklah terlalu baru, khidmat dalam talian di Singapura seperti Rent-a-Gent, Singapore Man dan Real Men SG menjadikannya lebih lazim.

Rent-a-Gent dilaporkan mendapat sambutan sangat memberangsangkan, tiga kali lebih banyak daripada tahun lalu.

Kebanyakan pelanggan menyewa teman sosial untuk habiskan cuti bersama.

Sementara ada juga pelanggan menggunakan khidmat tersebut agar keluarga berhenti bertanya mengenai teman lelaki dan soal perkahwinan, kata seorang jurucakap agensi Rent-a-Gent.

Di republik ini, kadar sewa lelaki mencecah antara S$200 (RM590) hingga S$750 (RM2,215) sejam atau antara S$3,000 (RM8,861) hingga S$5,000 (RM14,769) sehari.  

Seorang teman lelaki palsu yang menawarkan khidmat itu berkata dia melengkapkan dirinya dengan membaca majalah-majalah, termasuk Forbes dan Fortune.

“Kerana mereka yang mampu melanggan khidmat kami kemungkinan besar terdiri daripada kelompok atasan.

“Kita mahu memberikannya tanggapan yang nyata,” katanya kepada portal itu.

Pelanggan dan teman lelaki mereka akan bertemu untuk berkenalan dan menghafal maklumat asas agar pasangan kelihatan benar-benar dalam alam percintaan.

Di China, lelaki-lelaki menawarkan khidmat teman pura-pura melalui iklan. Di Jepun, wanita melanggan khidmat lelaki di bar-bar gigolo sewaktu sambutan Krismas atau Hari Kekasih.

Di Hong Kong, 10 iklan menawarkan khidmat teman lelaki di Jobdoh, satu aplikasi di telefon, dengan bayaran HK$250 (RM133.50) untuk sejam lakonan.

No comments:

Powered by Blogger.