Header Ads

Spanar RM1,000 atas dulang hantaran buat isteri terharu

Isteri terharu spanar RM1,000 di atas dulang hantaran | Berbeza dan ganjil daripada hantaran pasangan lain, si suami meletakkan satu set spanar bernilai RM1,000 kepada buah hatinya.

Si isteri pula tidak marah, malah terharu apabila menyaksikan set spanar itu yang menjadi idamannya dihadiahkan suami di majlis perkahwinan mereka di sini semalam.

Maslina Shamzaidin, seorang mekanik, berkata set berjenama Mr Mark diimpikannya sejak 10 tahun lalu apabila mula menceburi bidang baik pulih kenderaan.

Spanar RM1,000 atas dulang hantaran buat isteri terharu

“Memang sudah lama saya impikan memiliki set spanar ini namun tidak dapat membelinya kerana kosnya yang mahal.

“Tidak sangka pada hari bersejarah ini, saya menerima kejutan yang tidak pernah saya bayangkan,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Suaminya Mohd Alfizal Salleh, 32, berkata hadiah yang penuh makna itu memang sengaja dirahsiakan daripada pengetahuan Maslina, 28.

Katanya, set peralatan spanar yang diberikan diharap akan lebih memudahkan kerja seharian isterinya selepas ini.

“Maslina begitu berminat dalam bidang mekanik dan saya tahu dia pernah ada impian untuk memiliki set spanar berharga RM1,000 itu.

“Tambahan lagi, saya lihat peralatannya kurang lengkap jadi saya mendapat idea untuk menghadiahkan set itu sempena hantaran  perkahwinan kami,” Alfizal dilaporkan berkata.

No comments:

Powered by Blogger.