Header Ads

RM2.6 bilion dalam Najib bukan derma - Menteri Luar Arab Saudi

Menteri Luar Arab Saudi dedah duit RM2.6 bilion ke akaun Najib sebenarnya bukan derma | Kontroversi dana berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak masih belum pulih. Terbaharu, kenyataan dari Menteri Luar Arab Saudi menambahkan lagi persoalan kepada isu dana RM2.6 bilion ini.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir menyatakan wang AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke akaun Datuk Seri Najib Razak bukanlah satu satu derma politik, sebaliknya ia disalurkan untuk ‘pelaburan di Malaysia’.

Bahkan, beliau turut menafikan bahawa wang RM2.6 bilion bukan disumbangkan Kerajaan Arab Saudi atau satu sumbangan derma politik, lapor The New York Times.

RM2.6 bilion dalam Najib bukan derma - Menteri Luar Arab Saudi

“It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia (Ia adalah warga Saudi, saya percaya, dan dana itu diberi kepada satu pelaburan di Malaysia),” katanya dalam satu temu bual dengan NYT disiarkan, semalam.

Mengulas lanjut, akhbar tersebut turut memetik kenyataan seorang kerabat diraja yang enggan mendedahkan identitinya berkata, wang tersebut diberikan oleh seorang putera Saudi namun mengesahkan wang itu bukannya derma, tetapi satu bentuk perjanjian bisnes.

Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memutuskan wang AS$681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Najib menyatakan ia adalah derma dari keluarga diraja Saudi dan diberikan tanpa mengharapkan balasan.

Mohamed Apandi sekali gus menutup kes tersebut dan menyatakan Perdana Menteri tidak melakukan sebarang kesalahan.

Namun, pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat cabang pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menemui sejumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion) hilang daripada syarikat negara milik negara.

Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber juga menyuarakan kebimbangan atas keputusan rakan sejawatnya di Malaysia yang menghentikan siasatan ke atas kes perpindahan dana ke akaun Perdana Menteri itu, mengatakan tindakan itu akan mengganggu siasatan yang dijalankan Switzerland ke atas 1MDB.

Apandi kemudiannya membalas kenyataan tersebut, mengatakan siasatan yang sedang dilakukan negara itu ke atas 1MDB adalah siasatan yang berasingan daripada kes derma RM2.6 bilion itu.

No comments:

Powered by Blogger.