Header Ads

Aksi pemimpin pembangkang tertidur pula tersebar

Gambar pemimpin pembangkang terlena pula tersebar | Sebelum ini, tersebarnya gambar menteri besar baru Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang dirakamkan tertidur. Terbaharu, tersebar pula gambar pemimpin pembangkang yang turut tertidur.

Memetik laporan Malaysiakini, ketika menteri besar baru Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. terpalit dakwaan ‘kaki tidur’, kini muncul pula serangan sama terhadap pemimpin pembangkang.

Ia antaranya mensasarkan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dan anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Aksi pemimpin pembangkang tertidur pula tersebar

Malah, gambar bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Samad turut dikongsi sama.

Gambar-gambar ini diedarkan di media sosial selepas serangan terhadap Bashah yang menggantikan Datuk Mukhriz Mahathir yang meletakkan jawatan selepas diasak anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di Kedah.

Malah, Mukhriz sendiri ketika meletakkan jawatan sempat meninggal pesanan sinis kepada Bashah supaya tidak lena ketika angkat sumpah.

Sebelum itu terdapat video dan gambar Bashah dikatakan sedang tidur dalam sebuah acara di istana beredar meluas di Internet.

Bashah menjelaskan beliau hanya menutup mata untuk menghayati titah diraja. Hari ini masuk hari kedua beliau menjadi menteri besar.

(Baca: Zuraida pertahan diri isu tertidur)

No comments:

Powered by Blogger.