Header Ads

Kisah Pelajar Genius yang Akan "Blow Your Mind"

Motivasi Terbaik Dari Seorang Pelajar Genius - Kenapa saya suka bandingkan diri saya dengan orang lain? | Apa yang cuba disampaikan oleh pelajar genius ini adalah suatu bentuk motivasi yang mungkin memberi manfaat kepada anda sekiranya anda hayati dengan sebaiknya.

Nukilan ini dipetik menerusi Facebook Luqmaan Hakiem Sulaiman. Semoga anda beroleh manfaat dari apa yang cuba disampaikan olehnya.

Kisah Pelajar Genius yang Akan "Blow Your Mind"

SEBENARNYA SAYA MASIH SANGAT BERTENAGA

Ini kisah saya.

Orang selalu tanya Luqmaan kenapa kurus? Diet ke? Kenapa makan banyak tapi maintain je kurus bahkan lagi kurus? Saya tak pernah diet or what so ever you call it.

Never.

Actually, parody je tu. Hihi.

Saya suka compare life saya dengan orang lain. Saya suka compare life saya dengan orang yang lagi cemerlang akademik, lagi hebat soft skill, lagi gempak bersukan, lagi sado body, lagi banyak hafal Al Quran, lagi mendalam ilmu agama, lagi berjaya dalam bisnes dan macam-macam lagi.

"Tapi kenapa?? Tak ke buat macamtu akan menjadikan awak insecure?? Jadi penat?? Jadi tak yakin dengan diri sendiri??? Jadi jiwa tak tenteram?????"

Not necessarily. Wanna know why? Meh sini nak story.

Saya dapat straight 9A dalam SPM 5 tahun lalu. Seronok juga la bila tahu saya termasuk antara 4 orang kot kat sekolah saya yang dapat straight A batch tu. Tapi 2-3 saat kemudian, keterujaan saya kembali menuju neutral secara mendadak. Maybe because I'm the type yang selalu watlek, ekspresi perasaan tak berwarna-warni sangat and don't show much damn about things hahah. Syukur memang syukur.

Rakan-rakan jauh dan dekat pula, guru-guru, ibu bapa, adik beradik, saudara mara semua menzahirkan kegembiraan yang turut ditumpang bersama yang menjangkaui beberapa hari.

Like,

"Luqmaan OMG OMG OMG, you did it...!!!"
"Woaaahh, I'm so proud of you...!!!"

Tapi selurus-lurus A saya dapat pun, saya selalu rasa belum cukup berjaya antaranya sebab ada 2 orang kawan saya yang dapat A lagi lurus. 10 subjek pulak tu mereka ambil (campur pendidikan seni). Saya ada A dan A- kot. Huh. Bukan dengki dengan mereka of course -__-, cuma it's like I know I could and should have done better. I want to be the best.

Sepanjang saya di Tingkatan 4 dan 5, saya sering terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti unit uniform, kawad, persembahan lagu, teater, tarian dan pelbagai lagi. Akibatnya, saya mulai peka dengan 'dunia' kokurikulum ni, beserta hikmah yang tersirat di dalamnya.

Sifat kepimpinan, berani ke hadapan, keluar dari zon selesa, mencabar keupayaan diri, bercakap di khalayak ramai, berani kerana benar, kemahiran mempengaruhi orang lain, keyakinan diri yang tinggi dan lain-lain adalah antara elemen yang SANGAT PENTING dalam menentukan hakikat seseorang itu berjaya atau tidak dalam kehidupannya.

Bukan nak kata akademik tak penting. Tapi ada elemen yang asas lagi terpendam dalam diri manusia, yang juga sangat penting; deep, various, soft skills. Zaman itu, cikgu kata pelajar pandai skor A dah belambak. Tapi yang turut ada kualiti soft skill tu rare. Begitulah yang diajarkan kepada kami.

So saya pun bandingkan diri saya dengan tokoh-tokoh kokurikulum/kepimpinan yang lain. Ada pelajar yang lagi menyerlah sifat kepimpinan, yang join pertandingan koko peringkat sekolah, negeri, daerah, ada hotstuff yang lagi popular buat persembahan kat sekolah.. Fuhhh. They're just soo... awesome man.. I want to be like them!

Kisah Luqmaan Hakiem Sulaiman

Setelah habis sekolah menengah dan mendapat keputusan SPM 9A, ibu bapa saya 'paksa' tanpa kekasaran untuk masuk sekolah tahfiz sementara menunggu kemasukan ke universiti. Huhu.

Kat sinilah saya masuk ke dimensi baru. Jumpa budak-budak yang hafal 5 juzu, 10 juzu, berbelas-belas juzu. Budak kecik, pakcik tua pergi solat subuh berjemaah kat masjid. Discover makhluk yang bersungguh-sungguh bangun pagi-pagi buta jaga solat tahajjud.

Woah! Inilah erti kehidupan yang sebenar, untuk menjadi hamba Allah yang diredhaiNya. Tak guna akademik power, soft skill perform, tapi akhirnya agama tak jaga.

Saya jelas. Saya perlu melengkapkan diri dengan elemen-elemen agama juga. Sasaran nak hafal Quran (10 Juzu pun dah gempak ler!), faham Quran, tahu hukum-hakam, biasakan diri dengar hadith dan faham, jaga solat subuh kat masjid, solat sunat, tahajjud.

THE ESSENTIAL TRIO: Akademik + Soft Skill + Agama.

Fuh win. Mesti bangga parents dapat tahu perkembangan pemahaman ketika itu. Hehe. Parents mana tak teringin dapat anak yang berjaya 3 dalam 1 (akademik, soft skill dan juga agama)? Of course saya belum la lagi berjaya dalam the essential trio ketika itu, tapi at least kesedaran untuk ke arah itu sudah ada.

Saya pun compare diri dengan cerita-cerita orang power2 yang hafal Quran jadi engineer, alim ilmu agama jadi doktor.. Professional + Ulama dalam satu jasad. Woaahh.. Saya pun teringin jadi seperti mereka!

Masuk ke alam universiti!

Pada zaman inilah berlaku klimaks perubahan setakat ni.

Saya mulai terdedah kepada jenis pemikiran yang jauh lebih pelbagai, di alam realiti mahupun internet. Otak saya mulai peka terhadap perbezaan corak-corak pemikiran, perspektif manusia serta aspek-aspek kejayaan dalam hidup.

Tengok orang yang power lantang bersuara dalam isu-isu semasa, sentiasa up to date, boleh bincang isu-isu berat dengan mendalam lagi meluas serta berdalil dan berfalsafah.. Wahhh. I wanna be like that too!

Tengok orang yang popular gila, ramai yang mengenali dan ramai yang dikenali, networking luas sejauh pemandangan mata, friendly dengan orang, mudah berkawan.. Wahhh. I wanna be like that too!

Tengok orang yang body sado sampai lengan baju nak terkoyak dan sekali sekala kena inject something kat perut dia.. Erk. Nevermind!

Tengok orang yang power-power dalam KARiSMA (Karnival Sukan Mahasiswa, pertandingan sukan paling berprestij di peringkat UiTM) dalam Taekwondo.. Wahhh. I wanna beat those guys!

Tengok orang yang gempak dalam dakwah dan tarbiah, mad'u ramai komited, bawak usrah menyentuh jiwa menginsafkan diri, buat program bersungguh-sungguh.. Wahhh. I wanna be like that too!

Tengok orang yang buat bisnes progress baik, income berkembang, marketing meletop, pengurusan organisasi yang berkesan, pemurah berkongsi ilmu lagi tu.. Wahhh. I wanna be like that too!

Tengok member jadi imam solat sunat terawih, baca sedap baq hang, makmum feel, ramai puji, ramai peminat.. Wahhh. I wanna be like that too!

Dapat tahu ada pelajar universiti sama dapat band 6 MUET.. Wahhh. Tak puas hati band 5!

Dapat tahu ada pelajar course lain CGPA lagi tinggi.. Wuahhhhhh!!! T__T

Belum cerita pendedahan melalui FB ni ha. Follow tulisan2 dan belajar daripada Tarbiah Sentap, Aku Bukan Suparmen, Aiman Banna, Azizan Osman, Ust. Zaharuddin Abd Rahman, Dr Khalif Muammar, Sheikh Yasir Qadhi, Encik Sederhana, Elon Musk, Mark Zuckerberg, FOCUS, Hilal Asyraf, Angel Pakai Gucci, Saiful Nang, Syed Azmi, Dr Zakir Naik, Ust. Nouman Ali Khan, Dr Bilal Philips, Ustazah Fatimah Syarha, Mufti Ismail Menk, Yasmin Mogahed, Jackie Chan, Bear Grylls, pergi program macam YouthACE, TEDx dan macam-macam lagi..

*Btw OBVIOUSLY yang buruk jadikanlah sempadan, dan yang baik jadikanlah teladan k.*

Tapi yang paling banyak beri kesan dalam alam realiti, bila banyak terdedah kepada program-program tarbiah under organisasi macam PEMBINA (pewit tahniah atas 10 tahun penubuhan btw, hihi #‎SedekadPenuhTekad), ISMA, HALUAN, dikelilingi penggerak-penggerak tabligh (a.k.a usaha atas iman dan amal) dan lain-lain. Huh tak muat nak list semua yang menyumbang la ek, saya ada point lain yang nak diutarakan kat sini -__-

Secara keseluruhan outcome segala pendedahan ni, saya semakin melihat alam dengan paradigma Islam cara hidup yang syumul. Basically, the ESSENTIAL TRIO bukan sahaja telah bercambah semakin luas, tetapi turut BERPAKSI. Islam bukan lagi salah satu dalam pecahan kejayaan, tetapi Islam adalah paksi segala kejayaan. Segala kejayaan yang dikejar sebenarnya akan berbalik balik kepada definisi menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.

Mungkin realitinya saya takkan dapat mencapai kesempurnaan dalam semua aspek kehidupan, tetapi saya cuba sedaya upaya untuk appreciate semua aspek dan menjadi hamba Allah yang essentially, balanced.

Congratulations, right? Inilah definisi kejayaan yang paling sempurna, right?

Well. Not exactly..

Selaras dengan proses kematangan diri dalam fikrah Islam sedikit demi sedikit, menghadam buku-buku bersifat 'dalaman' seperti Reclaim Your Heart (Yasmin Mogahed), buku yang 'inside-out' seperti 7 Habits of Highly Effective People (Stephen R. Covey), mendalami tulisan-tulisan ust. Hasrizal Abdul Jamil dan lain-lain, saya membuat redefinition terhadap segalanya. Selama ini saya terlalu menilai kejayaan secara materialistik. Even kalau saya claim, akhirnya semua saya buat ni adalah demi Islam, demi dakwah, demi Allah sekalipun, dengan pandangan sebegini maka usaha mengejar segala kejayaan itu masih lagi bersifat materialistik.

*Please note that the following idea is not necessarily directly derived and/or exactly from the above sources.*

Wanna know why?

Let's say luaran saya pelajar cemerlang, berjaya dapat sentiasa skor straight A 4 flat carrymark full mark test quiz perform.. Belum tentu hakikat dalaman saya seorang yang berjiwa pelajar cemerlang. Adakah saya memiliki JIWA yang sebenarnya mencintai ilmu, sentiasa curious, berjiwa explorer, selalu fikir ke hadapan, bersemangat mengubah dunia?

Let's say luaran saya fighter sejati, lawan Taekwondo dapat Gold sparring poomsae kaki boleh hold 180 darjah flexible stamina anjing strength kuda.. Belum tentu hakikat dalaman saya seorang yang berjiwa fighter sejati. Adakah saya memiliki JIWA yang berani menghadapi cabaran, cekal training untuk jadi lebih power, jiwa kental tidak mudah mengalah, berkeyakinan tinggi?

Let's say luaran saya pemimpin sejati, soft skill mahir pandai pengaruhi orang sentiasa beraura positif selalu menjadi contoh tauladan jadi imam.. Belum tentu hakikat dalaman saya seorang yang berjiwa pemimpin sejati. Adakah saya memiliki JIWA yang meyakini keupayaan orang lain, semangat berpasukan yang tinggi, sentiasa berfikir ke hadapan dan mengambil berat tentang rakan seperjuangan?

And most importantly...!

Let's say luaran saya telah menjadi hamba Allah yang syumul, mencapai SEGALA kejayaan di dunia ini, khalifah di muka bumi, alim agama, akademik, softskill, dakwah tarbiah, berjasa kepada ibu bapa..

But.. Deep inside.. Is that really me?

Adakah saya memiliki jiwa yang tunduk kepada Allah, selalu beristighfar kepadaNya, sentiasa rindu dan cinta kepadaNya??

An excellent servant and Khalifah on the outside, is not necessarily so on the inside.

Bila orang tengok saya banyak dapat straight A dan 4 Flat, mereka nak tahu 'rahsia kejayaan', 'cara study' dan sebagainya. Saya tahu apa jawapan yang mereka nak dengar, kebanyakannya bersifat luaran. Saya juga tahu apa jawapan yang mereka sebenarnya PERLU dengar, kebanyakannya bersifat dalaman. Jawapan dalaman ni lebih rumit, lebih berfalsafah, memerlukan komitmen yang banyak dan lebih ramai yang memandang enteng.

Kalau nasihat sekadar datang kelas awal, tak faham kena bertanya, buat prevision, focus dan revision, buat jadual belajar, jangan study last minute, gunakan pensil stabilo (tetibaa), untuk budak sekolah rendah mungkin memadai la kot. Tapi kalau kita dah dewasa, nasihat sebegitu saja tak cukup. Perlu lebih lagi. Perlu lebih mendalam. Saya siap ada tulis satu buku yang belum pernah diterbitkan lagi, khusus untuk tackle aspek ni. Tapi tak cerita semua kat sini la. Hmm.. Agak-agak kalau saya nak minta, let's say, Tarbiah Sentap terbitkan, korang berminat kew? Tee hee.

Pembaca yang saya kasihi sekalian,

Comparing yourself to others ONLY on the outside, AND striving to succeed ONLY on the outside, is what tires the soul. You're trying so hard to be something on the outside, what you're not on the inside. Even if you succeed externally, you will eventually fail in the BIG PICTURE and be DESTROYED from the inside-out, because it is in essence based on hypocrisy.

So that's why. That's why I said earlier, my paradigm on success was very materialistic. I was only concerned about shaping who I wanted to be on the outside, and not about shaping WHO I REALLY AM on the inside.

Kan dah evolve jadi speaking omputeh je pulak kat sini.

And interestingly, walaupun sesuatu itu nampak 'beragama' sekalipun, belum tentu tidak berpaksi kepada materialisme tau.

MATERIALISME Dalam Beragama

MATERIALISME Dalam Beragama Olej Luqmaan Hakiem Sulaiman


Cuba recall insiden cerita Dragon Ball Z. Tatkala Kapten Ginyu dapat switch body dengan Goku time lawan kat Planet Namek, ingat tak dia susah nak adjust dan tak dapat gunakan full potential keupayaan badan Goku? Kenapa? Because he may be Goku on the outside, but he's still Ginyu on the inside.

[HD 1080] Dragon Ball Z - Ginyu Powers up in Goku's Body


Pastu pastu pastu, dalam cerita Naruto Shippuden. Ingat lagi tazkirah yang Itachi bagi kat Kabuto time lawan dalam gua sekali dengan Sasuke? Mafhumnya;

"That (imitating someone you respect) is something you do in order to grow. You can't use it as a disguise to pretend to be someone you are not."

Itachi Sasuke VS Kabuto English Sub


Memang la Orochimaru berada 'inside' Kabuto dari segi DNA ke apa entah, tapi bukan itu inside yang saya maksudkan. Inside yang saya maksudkan adalah pada level identiti diri, jati diri.

Kalau tak tengok dan tak minat dan tak dapat relate dengan Anime, takpa! Ingat tak apa Hasan al Hudaybi cakap?

"Tegakkan negara Islam itu dalam diri kamu, nescaya ia tertegak di tanah air kamu”.

When you're not what you want to be on the inside, you'll never truly be what you want on the outside. So if you truly want to be something on the outside, start changing from the inside. Inside outside inside outside~ (*__*)

*(Tarik nafas dalam-dalam)

"Okeeyyy... So apa cita yang duk kalut suka compare diri dengan orang lain tadi tu??"

Meskipun dengan kesedaran betapa pentingnya dimensi 'dalaman' jiwa manusia ini, saya tetap tidak berhenti membandingkan diri saya dengan orang lain.

"Tapi kenapa?? Tak ke buat macamtu akan menjadikan awak insecure?? Jadi penat?? Jadi tak yakin dengan diri sendiri??? Jadi jiwa tak tenteram?????"

Not necessarily. It actually depends greatly on our inner selves.

I compare myself with better people, but I acknowledge my limits and imperfections.
I compare superficial successes, but I recognise the deep and profound values in the core.
I compare on the outside, but I realise that change starts from the inside.
I compare all dimensions, but I know my ambition and my priority and what matters most.
I compare my life with others, but I am aware that my own destiny awaits.

Compare-mengompare ni sebenarnya ada baik buruknya, bergantung kepada jati diri masing-masing.

Read carefully.

Bila compare diri dengan orang yang di 'atas' saya, maka saya belajar untuk meningkatkan diri. I learn to grow. I learn to be better. Ada role model dalam aspek tertentu. Boleh juga discover sama ada saya actually perlu berjaya macam dia ke tak pun in the first place. At the same time, saya belajar untuk merendah diri. Saya tak rasa hebat, tak rasa sempurna sebab tahu ada orang lagi hebat.

Manakala bila compare diri dengan orang yang di 'bawah' saya pula, saya belajar untuk bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah. Saya belajar untuk simpati dan empati terhadap situasi orang yang kurang berjaya. Saya sedar kepentingan untuk membantu orang lain.

Banyak benda baik boleh belajar dengan memerhati orang lain. Cuma, masalah yang kronik akan timbul bila kita TERLALU compare.

Bila saya TERLALU compare diri dengan orang yang di 'atas' saya, maka memang saya akan mudah rasa insecure, penat, tak yakin dengan diri dan jiwa gelisah. Boleh juga jadi desperate, sampai buat benda bukan-bukan untuk menjadi lebih baik daripada orang lain.

Manakala bila saya TERLALU compare diri dengan orang yang di 'bawah' saya pula, maka memang akan mudah untuk berasa bongkak, syok sendiri, rasa macam hebat semacam, ujub dan seumpamanya.

All in all, if you are unable to navigate yourself in the deep realms of your soul, only then comparing yourself to others become poisonous. The line that separates constructive and destructive comparisons is *how deeply we know ourselves, and how thoroughly we understand the reality of this life*. This is the determining factor.

Kerana itulah, saya compare life saya dengan orang lain, tapi tidak berasa insecure, tidak berasa gelisah jiwa, tidak desperate nak jadi orang lain, tidak penat, malah masih kekal bertenaga. In fact bertambah-tambah tenaga, in shaa Allah.

So pada tahap ni mungkin ada yang tertanya,

"Therefore bagaimana nak bina diri dari inside-out yang saya cakap dari tadi? What's next????"

Kamu semua sanggup teruskan baca untuk 2 jam lagi? Sanggup?? OK kalau sanggup bagus, kamu duduk lah sini lagi 2 jam, saya balik dulu. Wkwkwkwkw #‎LawakCeramahMotivasi

Lepas ni pergi baca buku yang bagus-bagus ya, contohnya yang saya sebut tadi. And keep in touch with people with great minds + souls.

Bersempena adik-adik yang bakal mengambil keputusan SPM tak lama lagi ni, ingat! Kejayaan di dalam jiwa itulah yang paling bermakna, yang akan terus membantu kita menongkah dan menelusuri segala arus cabaran yang bakal mendatang dalam kehidupan yang multi-dimensional ini.

Saya akhiri dengan sebuah quote yang diucapkan oleh Squidward Tentacles dalam Spongebob The Movie (2004):

"..after going on your life-changing journey, you now realize you don't want what you thought you wanted. What you really wanted WAS INSIDE YOU ALL ALONG.."

#‎SUPERDEEP

And that's where all changes begin.

Sorry for the long post. There's a potato.

The power within!

Ni kesimpulan dalam bentuk grafik, khusus dalam bab akademik. Untuk huraian yang lebih mendalam boleh baca post kat link di atas.

Motivasi Terbaik Dari Seorang Pelajar Genius - Kenapa saya suka bandingkan diri saya dengan orang lain?

No comments:

Powered by Blogger.