Header Ads

Jabatan Agama Islam Johor dakwa Dr Maza menyesatkan umat Islam

Jabatan Agama Islam Johor dakwa Dr Maza memfitnah institusi mufti dan sering memperlekeh ulama yang bermazhab al-Syafie | Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin disenarai sebagai antara individu yang mengelirukan umat Islam selain dipercayai menyesatkan dan tidak sealiran dengan ahli Sunnah Wal Jamaah.

Justeru, menerusi satu syor yang dikatakan daripada Jabatan Agama Islam Johor, jabatan itu mencadangkan agar Mohd Asri bersama 15 orang penceramah bebas lain dihalang memberi ceramah dan kuliah agama di negeri Johor.

Syor yang telah tersebar secara meluas di media sosial turut menyenarai sebab Mohd Asri dikatakan agamawan yang tidak sealiran dengan ahli sunnah wal jamaah.

Salah satu sebabnya kerana Mohd Asri telah memfitnah institusi mufti selain dipercayai sering memperlekeh ulama yang bermazhab al-Syafie lapor Free Malaysia Today.

Jabatan Agama Islam Johor dakwa Dr Maza menyesatkan umat Islam

“Mengkafirkan amalan ulama dan umat Islam, peghinaan terhadap pengajian sifat 20. Bahkan, menyatakan doa tidak memberi manfaat contohnya mendoakan umat Islam Palestin, tidak berubah keadaannya sehingga ke hari ini.

“Dan, menggalakkan pergi berjihad. Selain mengumumkan bahawa tahlil kematian tidak memberi faedah kepada si mati,” tulis syor berkenaan.

Laporan itu juga menyatakan persetujuan Majlis Agama Islam Negeri Johor menerima cadangan agar penceramah berkenaan dilarang dan tidak dibenarkan hadir untuk berceramah.

Mereka juga dilarang untuk mengajar agama Islam di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa di Johor.

Selain Mohd Asri, Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya turut dipercayai menerima tempias yang sama apabila nama beliau tersenarai dalam senarai berkenaan.

Fathul dikatakan telah terlibat dalam usaha mengkafirkan umat Islam, selain mengeluarkan kenyataan melarang agar membaca al-Quran di tanah perkuburan.

“Membaca ‘sodhakallahul a’azim adalah bid’ah. Bertawasul dengan Nabi Muhammad syirik. Menghina dan memasukkan Asya’rah ke dalam ajaran sesar. Selain, nabi berpuasa untuk sebulan adalah suatu perkara yang karut,” tulis laporan itu.

Cadangan itu dipercayai dilakukan untuk dipersembahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bagi mendapat perkenan baginda.

FMT kini sedang berusaha untuk mendapatkan maklum balas mengenai laporan yang tersebar itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Mutalip Abdul Rahim dan setakat berita ini ditulis ia masih belum berhasil.

No comments:

Powered by Blogger.