23 Selebriti Malaysia Yang Pernah Bertugas Sebagai Pramugari
Pramugari adalah profesion yang melibatkan perkhidmatan pelanggan di mana tanggungjawab anak kapal itu sendiri adalah bukan sahaja untuk memberi layanan kepada penumpang penerbangan semata-mata malah demi mewujudkan sebuah suasana penerbangan yang selesa dan selamat sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.
Ramai yang menganggap kerja sebagai pramugari atau pramugara ini seronok dan glamor kerana dapat terbang ke sana ke mari, melihat tempat orang dan bisa borsolek serta memakai seragam yang sudah tentu sangat eksklusif!
Dalam pada itu, tempatnya juga terhad kerana hanya mereka yang memiliki ‘rupa paras’ dan kriteria fizikal tertentu sahaja yang akan layak dipilih untuk menjadi kru kabin. Betul ke?
Berikut merupakan senarai beberapa orang selebriti tampan dan cantik Malaysia yang dahulunya pernah berkhidmat sebagai kru kabin untuk syarikat penerbangan ternama seperti MAS, Air Asia dan lain-lain.
1. Amy Mastura: Malaysia Airlines
2. Scha Al-Yahya: AirAsia
3. Ziana Zain: Malaysia Airlines
4. Anuar Zain: Malaysia Airlines
5. Dayang Nurfaizah: Firefly
6. Sharifah Shawati: Malaysia Airlines
7. Datin Nomala Shamsudin: Malaysia Airlines
8. Maria Tunku Sabri: Malaysia Airlines
9. Raja Azmi: Singapore Airlines
10. Datuk Khadijah Ibrahim: Saudi Airlines
11. Fizo Omar: Malaysia Airlines
12. Intan Sarafina: AirAsia
13. Faizah Ilai: Malaysia Airlines
14. Fouziah Gous: Malaysia Airlines
15. Sherry Ibrahim: Malaysia Airlines
16. Danny X Factor: Malaysia Airlines
17. Ellie Suriaty: Malaysia Airlines
18. Zarul Umbrella: Malaysia Airlines
19. Uqasha Senrose: AirAsia
20. Ida Nerina: Malaysia Airlines
21. Ning Baizura: Singapore Airlines
22. Mas Idayu: Malaysia Airlines
23. Nazim Othman: Malaysia Airlines
No comments: