Header Ads

Rafidah Aziz ulas isu bauksit

Isu bauksit, kerajaan hanya bertindak selepas alam sekitar musnah kata Rafidah Aziz | Mengikuti perkembangan pencemaran bauksit di Pahang baru-baru ini, bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz menggesa kerajaan meneliti faedah dan akibat terhadap projek-projek yang memberi impak kepada alam sekitar sebelum meluluskannya.

Rafidah menulis di laman Facebooknya bahawa kerajaan hanya melihat perkara itu apabila alam sekitar sudah mengalami kemusnahan teruk lapor Mstar.

Rafidah Aziz ulas isu bauksit

“Kita perlu memikirkan secara terperinci tentang faedah dan akibat berhubung mana-mana usaha yang melibatkan eksploitasi alam sekitar.

“‘Faedah’ jangka pendek terutamanya hanya untuk beberapa pihak, tidak boleh menggantikan kos jangka panjang yang perlu ditanggung oleh kami dan generasi selepas kami.

“Akibatnya tidak dapat dinilai dari segi kewangan,” Rafidah Aziz menulis di Facebook.

Katanya beliau telah membaca tentang bagaimana mineral dari perlombongan bauksit telah membolehkan pemilik tanah menjadi ‘kaya semalaman’, dengan air sungai menjadi merah.

“Kita gagal belajar daripada tragedi yang lepas yang disebabkan oleh eksploitasi tanah dan sumber secara tidak bertanggungjawab. 

“Bangunan runtuh tiba-tiba kerana puncak bukit dan lereng bukit dibangunkan dan pembinaan mengabaikan proses semula jadi pengekalan air,” katanya.

Pada Rabu,  Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan pembekuan selama tiga bulan ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang bermula 15 Januari, untuk menyelesaikan masalah pencemaran.

Beliau berkata penangguhan itu akan dilanjutkan selama-lamanya jika industri itu tidak dapat mengawal pencemaran itu dalam tempoh tiga bulan.

No comments:

Powered by Blogger.