Header Ads

Masih Ingat 9 Permainan Zaman Kanak-Kanak Ini?

9 Permainan zaman kanak-kanak yang menggamit nostalgia | Jika terkenang zaman kanak-kanak dahulu, pasti semua masih teringat akan permainan yang selalu dijadikan pengisi waktu terluang ketika bermain.

Permainan waktu dulu memang menarik. Bagi adik-adik yang baru masuk sekolah tu, anda semua pernah main tak permainan seperti ini?

Main Tiang

Masih Ingat 9 Permainan Zaman Kanak-Kanak Ini?

Permainan yang popular waktu zaman sekolah ketika waktu rehat sebelum masuk kelas. Permainan ini hanya memerlukan tiang dimana pemain-pemain diuji kepantasan merebut tiang tersebut.

Penutup Botol

9 Permainan zaman kanak-kanak yang menggamit nostalgia

Penutup botol kicap atau botol Pepsi sering dijadikan permainan tudung tin ini. Pemain haruslah menjentik satu penutup botol ke arah satu penutup botol yang lain

Main Guli

9 Permainan zaman kanak-kanak yang menggamit nostalgia

Guli akan dikumpul dan diletakkan dalam satu bulatan. Permainan ini kebiasaannya di main di atas padang atau di atas jalan yang rata.

Patung Kertas

9 Permainan zaman kanak-kanak yang menggamit nostalgia

Anak patung kertas ini mempunyai pelbagai fesyen baju anak patung yang boleh ditukar mengikut citarasa yang kita mahu. Kanak-kanak perempuan lebih meminati permainan ini daripada kanak-kanak lelaki.

Ting-ting

9 Permainan zaman kanak-kanak yang menggamit nostalgia

Permainan ting-ting merupakan sejenis permainan Laman. Terdiri oleh beberapa pasukan dan beregu. Dibuat dengan menggoreskan garisan di atas tanah sahaja.

Lompat Getah

9 Permainan zaman kanak-kanak yang menggamit nostalgia

Permainan ini dicipta dengan menggunakan getah kecil dan ringan yang disambung dan dimatikan hujungnya supaya tidak terurai ketika bermain.

Happy Family

9 Permainan zaman kanak-kanak yang menggamit nostalgia

Permainan kad happy family terdiri oleh beberapa buah keluarga dan pemain harus mengumpul set keluarga yang paling banyak untuk memenangi permainan ini.

Tetris Brick Game

9 Permainan zaman kanak-kanak yang menggamit nostalgia

Permainan tangan yang menjadi kegilaan zaman kanak-kanak pada waktu itu.

Batu Seremban

9 Permainan zaman kanak-kanak yang menggamit nostalgia

Permainan ini disukai kanak-kanak perempuan dimana bermain hanya menggunakan batu atau biji getah.

Zaman kanak-kanak dilengkapi dengan membesar dengan permainan di atas ini. Masihkah ada lagi kanak-kanak yang mengamalkan permainan turun temurun ini?

Dunia semakin maju, teknologi semakin canggih, kebanyakan kanak-kanak zaman sekarang diajar membesar dengan telefon pintar, ipad dan mungkin juga laptop.

Permainan waktu dulu sangat melengkapkan zaman kanak-kanak hingga dah besar pun masih lagi menggamit nostalgia.

No comments:

Powered by Blogger.