Header Ads

Luahan Adam AF Cerai Dengan Fiza Elite Kali Kedua

Cerai kali kedua dengan Fiza Elite, Ini Luahan Adam AF | BERITA perceraian antara Adam AF, 32, dan Fiza Elite, 34, mendapat perhatian ramai memandangkan ini merupakan perceraian kali kedua buat mereka.

Menurut Adam, punca penceraian antara mereka biarlah hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya

“Saya tidak mahu mengulas apa-apa tentang perkara ini. 

“Apa pun, ia bukanlah disebabkan oleh orang ketiga ataupun masalah kewangan. Mungkin sudah tiada jodoh antara kami,” katanya lapor Media Hiburan, semalam.

Adam dan Fiza bernikah pada September 2013 tetapi mereka tidak dikurniakan anak dan pernah bercerai pada 28 April 2014 tetapi rujuk pada tahun sama lapor Sinar Harian.

Luahan Adam AF Cerai Dengan Fiza Elite Kali Kedua

Buat kali kedua, Adam AF menceraikan Fiza dengan talak satu di rumah mereka di Gombak pada 21 September lalu sebelum mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember lalu.

Bercerita tentang kegagalan rumah tangganya, Adam akui reda dengan apa yang berlaku.

“Setelah mencuba (mempertahankan rumah tangga), saya reda dengan apa yang berlaku ini dan menganggap perpisahan adalah jalan yang terbaik buat kami berdua,” katanya.

Sebelum ini Fiza ada meluahkan perasaannya di laman Instagram merujuk kepada kritikan yang dilempar kepadanya setelah berita perceraiannya tersebar.

“Tak semua orang suka kita dan suka apa kita buat. Ada sahaja yang tak kena. Saya pun hidup macam manusia biasa,cari rezeki di muka bumi ALLAH ini.  Saya mencari rezeki yang halal demi untuk menyara keluarga saya terutama Mama saya setelah saya kehilangan Papa saya tahun lepas.

“Apatah lagi sekarang ini saya hidup sendiri, perlu cari duit sendiri tanpa minta pada siapa-siapa. Saya perlu bekerja keras utk keluarga saya terutama anak-anak dan Mama. Saya rasa mahu saya tidak boleh hidup kalau fikirkan kata orang. Saya harap apa pun yang saya buat lepas ni jangan dipertikaikan lagi,” tulisnya.

No comments:

Powered by Blogger.