Header Ads

Datuk Seri Vida akur arahan KKM

Datuk Seri Vida akur arahan Kementerian Kesihatan | Syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. menarik balik produk keluaran syarikat tersebut iaitu Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block dalam pasaran negara dan Brunei buat sementara waktu, berkuat kuasa serta-merta. 

Pengasasnya, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr. Vida berkata, pihaknya akan melakukan satu penelitian khusus terhadap produk tersebut memandangkan sebelum ini tidak pernah berlaku masalah seumpama itu lapor Utusan.

Datuk Seri Vida akur arahan KKM

Dalam masa sama beliau juga berharap para pengguna setia tidak panik dan ragu dengan produk yang dikeluarkan oleh Vida Beauty.

“Sebelum ini kita tidak pernah menghadapi sebarang masalah, begitu juga dengan produk-produk lain yang berada dalam pasaran.

“Saya akan melakukan penelitian dan apa yang penting bagi kami adalah kesihatan pengguna,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan yang mengesahkan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan di dalam kosmetik.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Brunei juga mengharamkan tiga produk syarikat itu kerana didakwa mengandungi bahan berbahaya.

Mengulas lanjut, Dr. Vida berkata, walaupun dua produk itu dihentikan jualannya dalam pasaran, produk lain seperti Pamoga, Qu Puteh dan Milenia masih dijual.

“Saya yakin produk kecantikan dan kesihatan yang lain tidak mempunyai masalah sama. Saya harap pengguna tidak hilang kepercayaan terhadap produk saya,” katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan menerusi satu kenyataan berkata, syarikat terbabit telah diarah menarik balik produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block dalam tempoh 72 jam daripada pasaran.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, arahan itu berikutan produk tersebut dikesan mengandungi merkuri pada paras tinggi yang boleh memberi kesan berbahaya kepada pengguna dalam tempoh tertentu.

No comments:

Powered by Blogger.