Header Ads

Didakwa naik teksi ke AJL30, Caliph busker dedah kisah sebenar

Caliph busker dedah kisah sebenar naik teksi ke AJL30 | Kumpulan Caliph Buskers menafikan terpaksa menaiki teksi ke Stadium Malawati, Shah Alam sebelum bertanding di Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30) pada Ahad lalu.

Menurut pasangan suami isteri Fendy Alun dan Nor Nadira Rubiana yang juga ahli kumpulan tersebut, mereka mencari teksi untuk menghantar anak ke tempat pengasuh lapor  Astro Gempak.

Didakwa naik teksi ke AJL30, Caliph busker dedah kisah sebenar
Kami Naik Teksi Untuk Hantar Anak Ke Pengasuh – Caliph Buskers

“Perkara itu berlaku pada waktu siang sebelum AJL30 berlangsung. Memang kami berada di KL Sentral untuk mencari teksi. Tujuan kami adalah untuk menghantar anak ke tempat pengasuh.

“Secara kebetulan, saya memakai baju dengan logo AJL30, mungkin ada yang terkeliru dan menganggap kami mahu menaiki teksi untuk ke Stadium Malawati, Shah Alam,” kata Fendy.

Dalam pada itu, Nadira turut bersetuju dan menganggap perkara yang terjadi hanyalah sekadar salah faham.

“Perkara yang tak sepatutnya menjadi viral, telah pun diketahui umum. Secara positifnya, orang mahu ambil tahu mengenai kami.

“Kami memang selalu berada di kawasan KL Sentral kerana mahu menaiki teksi atas urusan lain selain persembahan dan sebagainya,” kata Nadira yang ditemui usai malam kemuncak AJL30.

Dalam perkembangan lain, mereka yang meraih kemenangan tempat ketiga di malam kemuncak AJL30 bersyukur atas kemenangan yang diperolehi.

“Alhamdulillah atas kejayaan kami. Jika diikutkan, kami rasa lebih gementar untuk beraksi di pentas AJL30 berbanding tahun lalu. Jika pada edisi AJL sebelum ini, kami hanya menggantikan kumpulan Mojo.

“Kali ini, lagu Hanya Nama-Mu merupakan lagu kami sendiri. Syukur kerana semuanya berjalan lancar dan kami berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong Caliph Busker,” kata Azmi selaku vokalis mengakhiri perbualan.

No comments:

Powered by Blogger.