Tak kenal maka tak salam? Tonton video ini.
Tak bagi salam sebab tak kenal? Tonton video menarik ini. | Tak ramai antara kita yang akan memberikan salam ‘Assalamualaikum’ kepada orang yang kita tak kenal apatah lagi semasa sedang berjalan. Selalunya kita beri salam semasa nak masuk rumah. Senyum pun paya apatah lagi beri salam.
Sebuah video eksperimen yang dimuatnaik di laman Facebook Imam Muda telah memaparkan visual tentang penerimaan masyarakat apabila seseorang yang tidak dikenali memberikan salam memetik Era fm.
Eksperimen sosial ini adalah satu inisiatif daripada Pencetus Ummah untuk menggalakkan amalan menyebarkan salam dan sebagai bukti jika kita mulakan pendekatan secara baik, jika Allah izinkan baiklah juga responnya. #DakwahDenganAkhlak #PencetusUmmah.
Video tersebut tanpa disangka telah menjadi viral dan mendapat lebih daripada 1.2 juta tontonan dalam masa satu hari sahaja dengan respon yang positif. Satu pencapaian yang boleh dianggap cukup luar biasa.
Apapun, dakwah yang sebenar adalah berdakwah dengan akhlak Rasullah s.a.w di mana berdakwah perlu dilakukan dengan pendekatan yang mesra dan berhikmah. Bermakna, berdakwah atau menegur dengan cara yang kasar tidak akan berkesan kerana ia akan meninggalkan kesan negatif kepada insan yang ditegur.
No comments: