Header Ads

Petanda anda menabur cinta pada orang yang salah

Inilah 10 tanda anda mencintai orang yang salah | Cinta tak selalunya berakhir dengan bahagia. Ada yang berakhir dengan kepahitan dan meninggalkan kenangan buruk.

Jadi, sebelum rasa sakit menghantui anda, jangan sampai anda mencintai orang yang salah. Jika tidak, dri anda yang terluka.

Jadi, mesti dalam hati anda mersti bertanya, benarkah saya mencintai dan menyayangi orang yang salah? Menerusi Hanasuva.com, kami kongsikan 10 petanda sama anda anda mencintai orang yang salah atau tidak!

Petanda anda menabur cinta pada orang yang salah

1. Selalu rasa tertekan

Pernah tak anda ada perasaan ganjil seperti rasa tertekan apabila berada di sisinya? Itu tandanya anda mencintai orang yang salah.

2. Perlu sentiasa berhati-hati

Ketika bekerja memang kita perlu berhati-hati, jika tidak kita lakukan kesilapan dan akan dimarahi oleh bos. Tapi kalau dalam hubungan perlu sentiasa berhati-hati walaupun dalam hal kecil, itu bukan lagi cinta!

3. Tidak lagi rasa bahagia

Salah satu tanda anda mencintai orang yang salah ialah anda tidak lagi rasa excited atau bahagia jika bersama dengannya.

4. Jumpa je gaduh!

Jika jumpa je selalu gaduh dan ada je benda tak kena di mata dia, itu tandanya si dia bukanlah orang yang sesuai untuk anda.

5. Rasa tertindas

Jika anda je yang nak kena mengalah dan ikut je apa yang dia nak, tu bukan cinta dah tu.

6. Tidak menjadi diri sendiri

Si dia minta kamu ubah itu, ubah ini sehinggakan kamu tidak lagi menjadi diri sendiri. Memang anda silap memilih pasangan.

7. Rasa takut tiap kali melihat wajahnya

Hubungan yang bahagia tidak perlu ada rasa takut. Jika anda rasa takut tiap kali melihat wajahnya, itu tandanya anda mencintai orang yang salah.

8. Anda tidak dibenarkan masuk dalam hidupnya

Dalam hubungan, setiap perkara tentang pasangan, kita perlu tahu. Tetapi, apabila si dia menyekat anda untuk masuk dalam hidupnya, itu tandanya dia tidak mahu anda terlibat dengannya secara langsung.

9. Si dia menyimpan rahsia dari anda

Jika si dia sampai tahap menyimpan rahsia penting dari anda, itu tandanya anda tidak lagi penting dalam hidupnya.

10. Si dia mengongkong & tak beri ruang peribadi pada anda

Sayang biar berpada-pada. Kalau dah sampai tahap control hidup anda, itu bukan sayang namanya. Tinggalkan sahaja okay!

No comments:

Powered by Blogger.