Header Ads

Suami kentut ketika tidur dibelasah isteri

Isteri belasah suami yang terkentut ketika tidur | Seorang wanita ditahan pihak polis kerana membelasah suaminya yang kentut ketika tidur.

Dawn Meikle, 55 dari Port St Lucie, Amerika Syarikat membelasah suaminya, Donald pada jam 3 pagi di rumah mereka, lapor lapor Huffpost yang memetik WPTV.com.

Jurucakap polis berkata, ketika tidur Donald tiba-tiba kentut menyebabkan Dawn berang dan terus menyiku serta menendang suaminya itu.

Suami kentut ketika tidur dibelasah isteri

Donald yang terkejut dengan tindakan Dawn terjaga dan bangun dari katil. Isterinya kemudian memberi amaran kepada suaminya supaya tidak kentut lagi.

Selepas itu, lelaki berkenaan baring di tempat tidurnya dan kemudian kentut beberapa kali sehingga menyebabkan Dawn berang dan menyiku serta menendang Donald sekali lagi.

Donald bagaimanapun cuba memegang isterinya supaya berhenti memukulnya.

Bagaimanapun Dawn (gambar) terus memukul dan menyembur muka lelaki berkenaan dengan penyembur lada.

Donald mengalami kecederaan di bahagian dada selepas dicakar Dawn manakala isterinya cedera pada bahagian bibir.

Akibat pergaduhan itu, Donald menghubungi polis untuk meminta bantuan dan pihak polis menahan wanita berkenaan manakala Donald pula dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut.

Selepas ditahan pihak polis, Dawn kini dibebaskan dengan ikat jamin dan bakal didakwa atas tuduhan menyerang dan berkelakuan ganas.

No comments:

Powered by Blogger.