Header Ads

Remaja rogol ibu ketika sedang tidur

Remaja 14 tahun perkosa ibu kandung ketika sedang tidur | Kejadian ini benar-benar mengejutkan warga England apabila seorang remaja berusia 14 tahun didakwa memperkosa ibu kandungnya sendiri ketika tidur. Ibunya pula pada ketika beranggapan beliau sedang bermimpi dan tidak menyangka anak lelakinya memperlakukan sedemikian. Setelah menyedari kejadian itu, wanita berkenaan menjerit ketakutan.

Mirror melaporkan, anak lelakinya itu dilaporkan mempunyai masalah kesihatan mental dan mengambil ubat untuk penyakit ADHD.

Remaja rogol ibu ketika sedang tidur

Dalam perbicaraan yang dilakukan di Mahkamah Prestown Crown, Blackpool, England, remaja lelaki itu menafikan tuduhan memperkosa ibunya sendiri.

Ibunya dalam sebuah wawancara yang dilakukan pihak polis diperdengarkan semula di dalam mahkamah menyatakan beliau masih terkejut dan trauma dengan kejadian yang menimpa ke atas dirinya.

"Saya tidak tahu apa lagi hendak di kata. Keadaan bilik gelap dan kabur," ujar si ibu.

Beliau juga tidak tidak tahu apa yang merasuk anak lelakinya itu sehingga tergamak menyetubuhi ibu sendiri.

"Saya duduk di sana, menangis dan berfikir tentang apa yang telah terjadi. Adakah dia tahu apa yang telah dia lakukannya?" katanya lagi.

Si ibu menambah lagi, akhir-akhir ini perilaku anaknya itu memang aneh. "Dia sangat agresif, melemparkan barang-barang ke arah saya dan dua hari lalu saya nyaris ditikam. Semuanya kerana saya menegur dan menghukum atas apa yang telah dilakukannya," katanya lagi.

No comments:

Powered by Blogger.