Mayat 200 kilogram, Bomba terpaksa dipanggil
Bomba terpaksa dipanggil untuk turunkan mayat seberat 200 kilogram | Pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia terpaksa dipanggil untuk membantu membawa turun mayat seorang wanita seberat 200 kilogram di premis satu tingkat di Jalan Bayam, di sini, semalam.
Zaima Abdullah, 37, yang mempunyai penyakit kencing manis dan jantung, dipercayai meninggal dunia sejak kelmarin terpaksa diturunkan menggunakan tali oleh pihak bomba.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Ismadi Mohamad Said berkata, mangsa yang menjalankan perniagaan membekal barangan basah mahu tidur di premis terbabit dan tidak mahu pulang ke rumahnya di Kampung Tikat, Jalan PCB.
“Ahli keluarga memujuk supaya mangsa pulang ke rumah, namun dia enggan dan pagi tadi (semalam), mereka cuba menghubunginya tetapi tidak dijawab.
“Keluarganya kemudian pergi ke premis berkenaan sebelum mendapati mangsa telah meninggal dunia di dalam bilik tidur,” katanya dipetik Sinar Harian.
Keluarga arwah telah cuba membawanya turun melalui tangga namun gagal menyebabkan mereka terpaksa membuat kemputusan meminta bantuan pihak bomba.
Ismadi berkata, pihaknya mengambil masa satu jam setengah untuk membawa keluar mayat mangsa dengan menggunakan alat pengusung yang diikat dengan tali dan dibawa turun ke atas jentera bomba.
No comments: