Makhluk Kecil yang Menghisap Darah
Waspada Dengan 'Dracula' Kecil Ini | Mungkin anda pernah lihat makhluk kecil ini. Namun, anda pandang ringan. Tahukah anda, makhluk yang kecil seperti kutu ini sebenarnya sangat merbahaya?
Menerusi Facebook Dr Rich Dr Rahim, beliau berkongsi apa sebenarnya makhluk yang kelihatan seperti kutu ini dan cara pencegahannya.
ILMU KESIHATAN : Artikel 271
“DRACULA yg KENIT !!! Tahukah anda wlpun kenit tapi HISAP DARAH mu enak sekali.”
“Doc tlg le anak saya ni…dah seminggu tak boleh tidur. Menangis siang mlm. Dah banyak bomoh dll org jampi, hembus, buh mcm2 penghadang…..duk juga menangis!! Sawan tangis ke doc?” Kesian doc tengok ibu muda anak satu ni dlm kegelisahan. Doc cek system badan anak ok je…tpi doc ternampak KEMERAHAN di telinga kiri anak tersebut. Bila di autoscope terlihat….. aduuuuhai DRACULA yg KENIT tersenyum kpd doc gemok gedempol kenyang menghisap darah…..DRACULA tu asalnya kecil kenit mcm mata pin dah jadi besar biji saga….org Penang panggil SEKENIT. U all panggil apa ye?
A. Doc nak bagi tau…”Dracula” Sekenik /Ticks Ixodiodia Acarina..
1. Suka duk dan berkawan dgn kita org Msia… tpi dia tak kacau kita malam2…tpi suka kacau ANY TIME!! sbb cuaca Msia panas lembab.
2. Dia main achilut atau polis and thief di semak samun. Tpi selalu stand by menyerang anda dan haiwan yg lalu lalang dgn lompat mcm Tarzan ke kulit mangsa. Dracula ni perlu DARAH untuk hidup.
3. Selenit akan korek kulit kita membuat LUBANG. Satu alat special mcm STRAW/penyedut air dikeluarkannya lalu MENGHISAP DARAH anda. Sampai puas ia sedut darah anda sampai 70x ganda saiz badan asalnya. Perutnya jadi gemuk gedempol…kadang terdengar ia “BERLAHAK ” kekenyangan….he he he doc melawak je ni.
4. Bila kenyang ia jatuhkan diri ke tanah untuk menelur dan membiak. Klu ia membiak di kulit anda…maka ramai lagi DRACULA2 menghurung anda dan binatang kesayangan anda….kucing, arnab dan apa saja binatang belaan anda…..Awas tau ….mungkin dracula tu ada di kulit anak anda…terutama telinga!!
5. Masa Dracula hisap darah…kita rasa gatal, sakit dan kulit kemerahan & bengkak di tempat gigitan.
B. Rawatan dan Precegahan.
1. Jangan merayau dlm semak samun…Dracula ada disana menunggu anda.
2. Cek binatang peliharaan anda…ada sekenit tak di telinga atau badannya.
3. Doc hembus jampi serampah… hembus2 kiri kanan ……he he acah je & pakai FORCEP & kepit dan keluarkan je Dracula/ sekenit yg perut buncit . Sapu antibiotik cream je.
4.Cara rawatan traditional..nenek doc bubuh Air tembakau atau air sireh je…DRACULA tu cabut lari….he he…nenek doc hebat nu..
Ada soalan…insyallah doc jawapkan.
Drp Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas. Penang.
04-6444181
No comments: