Header Ads

8 Situasi Menyampah Bila Tengok Wayang

Suka Tengok Wayang? Anda Pasti Menyampah Dengan 8 Situasi ini. | Ramai di antara kita menjadikan mononton wayang sebagai aktiviti hiburan di hujung minggu.

Lepas penat bekerja, apa salahnya lepaskan tekanan dengan hiburan mononton filem kegemaran sambil menikmati bertih jagung.

Tapi, yang tak bestnya bila ada situasi yang mengganggu sewaktu menonton.

Menerusi Hanasuva.com, kami pasti 7 situasi ini memang cukup buat kita semua menyampah!

8 Situasi Menyampah Bila Tengok Wayang

1. Orang membebel tanpa henti

Macam tak boleh borak lepas habis cerita. Paling meluat bila ada orang yang tak faham jalan cerita sibuk tanya kawan sebelah.

2. Bunyi orang berdengkur

Tengah syok tengok wayang ada pulak orang berdengkur. Memang tak boleh fokus la kalau dah dengar bunyi dengkuran.

3. Pencemaran bau

Memang terus hilang mood kalau tiba-tiba ada bau stoking atau atau pun bau ketiak. Tak pasal-pasal kena tutup hidung sambil tengok.

4. Kerusi urut

Paling sakit hati apabila masa kita tengah tengok wayang, kerusi kita tiba-tiba jadi kerusi urut dek kerana kaki orang belakang tak reti duduk diam.

5. Orang buat wayang

Cuba tengok tempat duduk belakang dan paling hujung, mesti ada je pasangan tengah sibuk buat wayang. Meluat rasa.

6. Orang batuk tanpa henti

Memang stress kalau orang yang dekat dengan kita batuk tanpa henti. Kalau tak sihat jangan tengok wayang. Mengganggu!

7. Geng gelak kuat

Kalau ye pun cerita tu kelakar, beragak la gelak. Ingat panggung tu kau yang punya ke? Hormat orang sekeliling okay!

8. Makan & minum berbunyi

Ramai yang menyampah bila orang sebelah makan atau minum berbunyi. Tak ada adab!

No comments:

Powered by Blogger.