Header Ads

Wanita curi 40 bungkus coklat Ferrero Rocher, sorok dalam baju kurung

Wanita kantoi sorok 40 bungkus coklat Ferrero Rocher dalam baju kurung | Seorang penjenayah berbaju kurung sempat menyorokkan 40 bungkusan coklat jenama Ferrero Rocher yang bernilai RM1,600 di pakaiannya sebelum melarikan barangan itu dari sebuah pasar raya, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam, wanita berkenaan dipercayai berkomplot dengan sekumpulan lelaki yang turut berpura-pura sebagai pelanggan bagi menjalankan kegiatan mencuri itu memetik Harian Metro.

Wanita curi 40 bungkus coklat Ferrero Rocher, sorok dalam baju kurung
Wakil pasar raya di Ulu Tiram menunjukkan rakaman kamera liter tertutup (CCTV) kejadian wanita berbaju kurung melarikan coklat. 

Jurucakap pasar raya berkenaan berkata, semua barangan itu dipercayai diambil daripada dua kotak yang disimpan di atas rak di bahagian makanan ringan di pasar raya berkenaan.

Katanya, perbuatan wanita berkenaan disedari pengurusan pasar raya apabila pengawal keselamatan mencurigai wanita itu menyorokkan sesuatu dalam pakaian ketika berada berhampiran kaunter pembayaran.

“Sebelum meninggalkan pasar raya, pengawal keselamatan bertugas cuba memeriksa wanita berkenaan, tetapi dia berjalan dengan pantas.

No comments:

Powered by Blogger.