"Kami Kenal Masa Private Party, Tak Buat Apa Pun" - Skandal Aliff Aziz Akhirnya Tampil Buka Cerita Sebenar
Gadis yang dikaitkan dengan skandal kecorangan Aliff Aziz, Mell, mendakwa mengenali pelakon itu menerusi sebuah parti tertutup.
Malah, Mell menjelaskan tiada sebarang hubungan istimewa antara mereka berdua.
"Saya mengaku walaupun saya tangkap gambar dengan Aliff saya takda buat apa pun dan saya kenal Aliff masa dekat private party.
"Masa tu ramai orang dan masa tu kawan saya pun ada diorang tahu batas saya.
"Semua ni punca sebab dengki sampai gambar tu jadi permulaan gosip.
"Sampai saya buat live pun diorang record sebab apa. Sebab iri saya ada tagkap gambar dengan artis dan perburukkan saya macam-macam.
"Saya betul-betul minta maaf sampai jadi kes sebesar ni. Saya tak tahu macam mana nak betukan semua ni," tulisnya menerusi entri di Instagram.
Mell juga menyarankan orang ramai mendapatkan kepastian tentang hubungan mereka menerusi Aliff sendiri.
Skandal kecorangan Aliff dan Mell mulai tersebar pagi tadi apabila rakan gadis itu menyebarkan foto mereka dalam keadaan intim ekoran perselisihan faham berkaitan hutang.
Ekoran pendedahan itu, isteri Aliff, Bella Astillah memuat naik kenyataan akan meneruskan hidup bersendirian tanpa melibatkan pelakon lelaki itu lagi.
Kec0rangan Aliff itu merupakan kes ketiga dilaporkan media sejak 2017.
Alff pernah dikaitkan pernah corang bersama dua pelakon wanita Afifah Nasir dan Octovia Manrose.
Berikut komen dari netizen
Artikel dari gempak.com
No comments: