Header Ads

Teka-Teki Merapu

Teka-Teki Kategori Merapu | Berikut disenaraikan Teka-teki dalam kategori merapu. Semoga anda semua terhibur.

Teka-Teki Merapu

Dalam banyak-banyak air, air apa yg paling berani?
Jawapan : Air terjun! Sebab tinggi kot dia terjun!

Banyak-banyak binatang, binatang apa yang keluar haid?
Jawapan : kura-kura.. Sebab dia keluarkan Head dia..

Banyak-banyak binatang, binatang apa yang bertelur dan beranak? Pelik tak?
Jawapan : Siput babi. Sebab siput bertelur. Babi beranak.

Dalam banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
Jawapan : Sungai Besi.

Kereta dengan motor, mana lebih tua?
Jawapan : Motor. Sebab motor pakai tongkat!

Banyak-banyak pokok, poko apa yang paling baik hati?
Jawapan : Pokok pisang sebab pokok pisang keluarkan jantung dia.

Huruf jawi, huruf apa yang ada angin?
Jawapan : TA dengan YA sebab TAYA=TAYAR.

Kasut paling keras?
Jawapan : Kasut bata.

Sebuah bas yang sangat laju berhenti dengan serta-merta kerana hampir melanggar seekor lembu. Apa benda dari bas berkenaan yang akan turun dulu?
Jawapan : Meter bas.

No comments:

Powered by Blogger.