Teka-Teki Huruf dan Perkataan
Teka-Teki Kategori Huruf dan Perkataan | Berikut disenaraikan Teka-teki dalam kategori huruf dan perkataan. Semoga anda semua terhibur.
Binatang apa namanya hanya guna dua huruf sahaja?
Jawapan: U dan G (udang)
Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Jawapan: Beruang sebab binatang ni ber wang
Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.
Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain kerana bah tu banjir, 'rain' tu hujan...
Huruf jawi apa yang ada angin...
Jawapan: Huruf TA dan YA laa... (Bunyi macam Tayar, tayarkan ada angin)
Katak apa yang boleh menyuruh orang?
Jawapan: KATAKan padaku
Kera apa yang tinggal di istana?
Jawapan: KERAbat diraja
Kera apa yang buat orang stress?
Jawapan: KERAna cintanya diputuskan oleh kekasih hati
Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
Jawapan: Kambing binATANG
Kopi apa yang sungguh menyusahkan?
Jawapan: KOPIkir sendirilah!
No comments: