Header Ads

Hukum Memakai Barangan Diperbuat Daripada Kulit

Ramai Gunakan Barangan Diperbuat Daripada Kulit, Tapi Tahukah Anda Hukumnya? | Dalam isu menggunakan kulit haiwan untuk manfaat seperti membuat beg tangan, tali pinggang dan sebagainya, ulama’ berselisih pendapat tentang hal ini.

Ia tidak suci walaupun disamak mengikut pandangan yang zahir disisi ulama’ aliran mazhab Maliki, dan pandangan yang masyhur disisi ulama’ aliran mazhab Hanbali. Ini berdasarkan hadis Abdullah Bin ‘Ukaim yang telah diriwayatkan oleh Ahmad, al-Tirmidhi, al-Nasa’ei, Abu Daud dan Ibnu Majah, dia berkata:

“Rasulullah telah menulis kepada kami kira-kira sebulan sebelum kewafatan Baginda supaya tidak mengambil manfaat daripada bangkai sama ada kulitnya atau urat sarafnya” .

Hadis ini memansuhkan (membatalkan) hadis-hadis yang sebelumnya; kerana hadis ini telah diucapkan pada saat-saat akhir hidup nabi saw.

Hukum Memakai Barangan Diperbuat Daripada Kulit

Manakala ulama’ aliran mazhab Hanafi dan ulama’ aliran mazhab Syafie berpendapat bahawa kulit binatang yang najis atau kulit bangkai akan menjadi suci apabila ia disamak. Ini berdasarkan hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:

“Sekiranya kulit disamak, ia menjadi bersih”. Manakala hadis yang diriwayatkan oleh al-Nasaei, al-Tirmidhi dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas pula bermaksud: “Setiap kulit yang disamak akan menjadi bersih”.

Jadi, bagi umat Islam di Malaysia yang rata-rata memegang mazhab Syafie, kita memang tidak ada masalah untuk menguna pakai barangan diperbuat daripada kulit haiwan selain babi dan anjing dengan syarat ia telah disamak terlebih dahulu.

Jika telah disamak, barangan kulit tersebut menjadi bersih dan suci yang bermaksud ia bukanlah najis dan kita boleh memakai barang tersebut, contohnya tali pinggang untuk dibawa solat.

Jadi, ada lagi satu persoalan…

KULIT YANG TELAH DISAMAK???

Kalau korang pakai beg tangan jenama ‘COACH’, dah sah yang hasilkan beg tu orang bukan Islam. Dia samak ke kulit tu dulu sebelum buat beg??? Kat beg pun takkan nak cop dah siap samak macam tanda halal tu kan… hehe..

Tapi jangan pulak sampai korang pergi samak beg-beg yang baru korang beli nanti. Untuk persoalan ni, kita bagi Ustaz Azhar Idrus yang jelaskan.

Nah korang tengok video bawah ni:

No comments:

Powered by Blogger.