Header Ads

Bolehkah kerajaan runtuhkan KLCC selepas 30 tahun pembinaannya?

Bolehkah KLCC diruntuhkan selepas 30 tahun pembinaannya? | Kuala Lumpur atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia.

Kawasan Wilayah Persekutuan tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar sekali gus kawasan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.

Menurut Wikipedia, sejarah moden Kuala Lumpur bermula pada 1850-an, ketika ketua Melayu Klang, Raja Abdullah mengupah buruh Cina untuk membuka lombong timah yang baru dan lebih besar memetik Astro Awani.

Bolehkah kerajaan runtuhkan KLCC selepas 30 tahun pembinaannya?

Mereka tiba di kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang.

Sungai Gombak juga pernah dikenali sebagai Sungai Lumpur, maka nama asal untuk bandar ini ialah ‘Pengkalan Lumpur, lama-kelamaan diberi nama Kuala Lumpur.

Seni bina Kuala Lumpur merupakan paduan pangaruh kolonial lama, tradisi Asia, ilham Melayu Islam, seni bina moden dan pascamoden.

Kerana itulah banyak bangunan lama di ibu kota yang menyimpan sejarah warganya sejak dahulu sehingga sekarang yang masih segar dalam ingatan semua.

Bayangkan jika bangunan ini hendak dibangunkan dan digantikan dengan pelbagai bangunan kediaman mewah, pusat membeli belah serta binaan canggih lain atas alasan kemajuan.

Tentunya setiap detik sejarah yang tersimpan rapi akan lenyap sekali gus menjadikan identiti Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar yang mempunyai nilai sejarah lenyap begitu sahaja.

Pengarah Eksekutif Badan Warisan Malaysia, Elizabeth Cardosa berkata, walaupun erti pembangunan disifatkan abstrak, ia tidak harus mengetepikan nilai-nilai sejarah yang menjadi kebanggaan rakyat negara ini sendiri.

“Pengabaikan itu adalah kerana mereka tidak mengenal nilai sejarah. Sepertimana yang diperkatakan, sebahagian daripada kenangan yang melibatkan bangunan dan tempat yang pernah dikunjungi, itu sahaja yang tinggal.

“Jika kamu tidak ada perasan, ia seperti kamu memusnahkan sejarah sendiri. Keadaan sama akan terjadi kepada Kuala Lumpur jika bangunan dimusnahkan,” katanya ketika ditemui di pejabat Badan Warisan Malaysia di sini baru-baru ini.

Bolehkah KLCC diruntuhkan selepas 30 tahun pembinaannya?
Keindahan Kuala Lumpur yang dipenuhi kemajuan serta pembangunan sehingga banyak bangunan lama yang menyimpan 1001 sejarah terpaksa diruntuhkan – Sumber gambar Wikipedia

Badan Warisan Malaysia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berkenaan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan budaya negara.

Cardosa sendiri menyelaras kajian teknikal dan projek-projek yang menekankan pelan pengurusan pemuliharaan, penilaian kesan warisan budaya, pemuliharaan fizikal dan pemulihan, promosi dan perlindungan warisan kebudayaan tidak ketara dan pembangunan program pendidikan warisan serta latihan pelancongan.

Cardosa juga telah terlibat dalam projek-projek model pemulihan seperti No 8 Heeren Street (Melaka) dan Stadium Merdeka (Kuala Lumpur) selain memenangi Anugerah Kecemerlangan 2008 Anugerah Warisan UNESCO Asia-Pacific Kebudayaan Pemuliharaan Warisan.

Selain itu, Cardosa juga terlibat secara aktif dalam Arts-Ed, organisasi pendidikan seni terkemuka yang berpangkalan di Pulau Pinang yang menyediakan seni program pendidikan non-formal untuk golongan muda melalui kerjasama dengan masyarakat tempatan.

Bolehkah KLCC diruntuhkan selepas 30 tahun pembinaannya?
Masjid Jamek merupakan antara bangunan sejarah di Kuala Lumpur, tidak ada sesiapa tahu apakah nasib bangunan ini pada masa depan – Gambar Shahir Omar

Dalam pada itu kata Cardosa, adalah satu kerugian seandainya pelancong atau rakyat negara ini yang datang ke Kuala Lumpur tidak melihat bangunan sejarah akibat diruntuhkan.

Dengan mengambil kira konsep sejarah yang tidak dihiraukan dan dikategori selepas sesebuah bangunan itu berusia lebih 30 tahun, Cardosa menyindir pembinaan KLCC yang mencecah 20 tahun usianya tahun depan.

“Seperti KLCC yang akan menyambut 20 tahun penubuhannya tahun depan. Bayangkan, ia sudah menjadi sebuah bangunan sejarah. Adakah kita akan runtuhkannya selepas 30 tahun, seperti yang kita lakukan terhadap bangunan-bangunan lama yang lain?

“Adakah kita akan begitu, saya betul-betul mempersoalkannya. Saya persoalkan kerajaan berkenaan hal ini. Bolehkah KLCC diruntuhkan selepas 30 tahun pembinaannya?” soalnya.

Cardosa mengakhiri pertemuan dengan pesanan dan permintaan mahu nilai sejarah dihargai semua.

“Sejarah bukan sahaja tertakluk kepada sejarah negara sahaja, tetapi ia lahir dari dalam hati setiap insan.

“Jadi cerita itu pasti melibatkan semua. Ia bukan cerita seorang individu yang dikisahkan dalam satu perspektif. Jadi bila ianya hilang, kami sebagai satu organisasi percaya ia perlu lebih inklusif,” ujarnya.

Bolehkah KLCC diruntuhkan selepas 30 tahun pembinaannya?
Pasar Seni atau Central Market, sebuah bangunan yang pada awalnya berfungsi sebagai pasar basah, kini menjadi tapak warisan yang turut menjual kraftangan, barangan seni, batik serta cenderahati.  – Gambar Shahir Omar

Menurut laman Jabatan Warisan Negara, antara bangunan sejarah yang terdapat di Kuala Lumpur adalah Sekolah Menengah St.John Bukit Nenas, bangunan Sultan Abdul Samad, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Institut Penyelidikan Getah Malaysia Jalan Ampang, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria dan Stadium Merdeka.

Sementara antara bangunan lama di Kuala Lumpur yang sudah diruntuhkan adalah Flat Pekeliling dan Penjara Pudu.

Kerajaan sebelum ini mengambil keputusan untuk membangunkan semula kawasan Flat Pekeliling sebagai sebahagian daripada program pembaharuan bandaraya dengan membersihkan kawasan-kawasan lama dan usang.

Penjara Pudu pula mula diruntuhkan pada 2010 walaupun banyak pihak terutama pencinta bangunan warisan sejarah berusaha untuk mempastikan bangunan Perjara Pudu dikekalkan.

No comments:

Powered by Blogger.