Siti Nurhaliza minta peminat doakan Datuk K yang diserang demam denggi
Datuk K diserang demam denggi, Siti Nurhaliza minta peminat doakan suaminya sembuh | Beberapa bulan ini Malaysia mengalami perubahan cuaca yang tidak menentu, ekoran perkara tersebut ada yang berdepan dengan masalah kesihatan serius dan ia boleh menyebabkan nyamuk Aedes juga semakin bertambah.
Baru-baru ini, Datuk Khalid Mohamad Jiwa ataupun mesra disapa Datuk K telah diserang demam denggi pada saat anaknya Aysraf Khalid melangsungkan perkahwinannya dengan aktres Indonesia.
Meskipun tidak begitu sihat, sebagai seorang bapa, Datuk K tetap mahu hadir pada majlis bersejarah anaknya itu dan meminta izin keluar daripada hospital sekejap memetik Beautifulnara.
Dalam muat naik Instagram Siti Nurhaliza yang terbaru, beliau meminta agar peminat mendoakan kesihatan suaminya.
My Hero.Dk sebenarnya di tahan di Wad selama 4 hari di sebabkan demam Denggi ..Harini, hari perkahwinan Anaknya @asyrafkhalid dan isterinya @tyaarifinnw ,walaupun doc nasihatkan berehat sahaja di ward tetapi sebagai Ayah tak mungkin tidak berada disisi anaknya.
Suami tetap ke perkahwinan anaknda Asyraf dan saya orang yang paling risau sepanjang Majlis..takut Dk Collapse ..Ya Allah , terima kasih beri kekuatan dan ringankan kesakitan suamiku untuk berada di Majlis yg bermakna ini..sekarang, Saya dan suami balik ke rumah ke2 kami( ward ) buat sementara Dk pulih sepenuhnya…Mohon sahabat semua disini doakan suami saya segera sembuh ye.
Erm memang seksa rasanya kalau terkena demam denggi, lebih-lebih lagi hampir setiap jam darah kita akan diambil untuk mengetahui keadaan semasa. Apa-apa pun harap Datuk K cepat sembuh, mungkin boleh cuba minum ekstrak daun papaya dan sup ketam, kata orang memang mujarab.
No comments: