(9 Gambar) Semakin Hari Semakin Berani, Zizi Kirana Kini Semakin Tidak Lokek Untuk Belanja Aset Berharga Buat Peminat
Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Nak Ke Tak Nak’ iaitu Zizi Kirana sangat sinonim dengan imejnya yang agak se ksi dan mengg oda. Walaupun cara pemakaiannya sering dikecam netizen, Zizi mengakui lebih bahagia dengan caranya sendiri.
Baru-baru ini, Zizi memuat naik gambar ‘panas’ dengan hanya mengenakan singlet pendek sehingga menampakkan bahagian dada dan perut. Seperti sudah dijangka, foto tersebut dikecam teruk oleh netizen dan dihujani dengan komen berbaur lu cah.
Rata-rata netizen terkejut dan ada juga yang meluahkan rasa kecewa dengan penyanyi itu yang kini semakin berani mendedahkan ‘asetnya’ dan mendakwa tindakannya itu memalukan. Ada juga berpendapat, Zizi berpakaian se ksi semata-mata untuk meraih perhatian.
Namun, tidak kurang juga yang memberikan kata-kata positif kepada Zizi supaya mengabaikan segala kecaman dan kritikan negatif yang dilemparkan terhadap dirinya.
Apa pun, walaupun teguran oleh peminat atau netizen agak kasar dan mengaibkan, namun apa yang dikatakan mereka itu mungkin sekadar peringatan dan tanda sayang terhadap artis kesayangan mereka.
Artikel ini telah diambil dari https://www.kopiplanet.com/zizi-kirana-makin-berani-dedah-aset-di-media-sosial/
BACA: “Tak Perlu Nak Tutup Pun, Orang Tetap Mengata”
Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Nak Ke Tak Nak’ iaitu Zizi Kirana sering dikecam teruk netizen berikutan imejnya yang agak seksi. Namun bagi Zizi, dia menerima segala kritikan dan lebih bahagia dengan caranya sendiri, malah keluarganya lebih mengetahui siapa dirinya yang sebenar.
“Ada yang pernah bagi cadangan untuk tutup komen di media sosial, tapi pada saya sendiri, tak perlu nak tutup pun orang tetap mengata. Saya okay sahaja apa orang nak kata.
“Sememangnya saya bahagia begini dengan apa yang saya buat, dengan keluarga saya, malah mak saya pun tahu saya macam mana. Setakat ini, mak saya tak pernah lagi cakap ‘kau janganlah pakai baju macam tu’. Sebab dia sendiri pun tahu had saya sampai mana,” katanya kepada Media Hiburan.
Dalam pada itu, Zizi turut kongsikan perasaannya ketika mula-mula dikecam netizen dan baginya setiap orang ada pandangan mereka masing-masing.
“Mula-mula kena tu, perasan macam apahal pulak nak marah tapi bila lama-lama, saya dah okay. Bagi saya semua orang ada pandangan dan penerimaan masing-masing dan dia orang pun ada kepala otak masing-masing jadi suka hatilah nak buat apa. Begitulah juga dengan saya,” katanya.
Terdahulu, Zizi mendedahkan dia sering menerima bahan-bahan berbaur lu cah daripada netizen. Lebih mengejutkan ada yang berani menghantar mesej mengajaknya keluar.
Artikel ini telah diambil dari https://www.rotikaya.com/tak-perlu-nak-tutup-pun-orang-tetap-mengata/1-121/
No comments: