Berita Kanak-kanak Mati Kerana Jerebu Viral
Budak Meninggal Dunia Akibat Jerebu | Jerebu yang melanda membuat ramai mengeluh bila agaknya jerebu ni nak hilang. Selain Malaysia, Singapura juga antara negara yang turut terjejas.
Namun, negara yang paling teruk terjejas adalah negara yang menjadi punca utama kejadian jerebu ini iaitu Indonesia.
Tidak dapat dinafikan, asap jerebu mengandungi racun dan toksik yang sangat merbahaya kepada manusia.
Terbaharu, tersebar berita seorang kanak-kanak di Indonesia maut akibat jerebu. Menurut sumber, kejadian berlaku di Pekanbaru dan Palangkaraya di kawasan terjejas teruk dengan jerebu.
Menurutnya, ramai kanak-kanak yang maut akibat jangkitan pada saluran pernafasan. Kanak-kanak terbabit batuk-batuk sehingga pembuluh darah pecah dan mata merah lebam.
Kepada anda di luar sana, kurangkan aktiviti luar sehingga udara diumumkan sihat sepenuhnya untuk aktiviti.


No comments: