Header Ads

Sabahan Hero Muncul Disaat Memerlukan

Sanggup Membantu Orang yang Tak Dikenali, Lelaki Sabahan Ini Wajar Digelar Sebagai Hero | SEBUAH keluarga di Sabah menghadapi detik-detik cemas apabila tayar kereta tiba-tiba meletup akibat terlanggar lubang di tengah jalanraya dan mereka terkandas di tengah hutan.

Untuk info, di Sabah, jalanraya juga melalui hutan-hutan dan gunung-ganang. Kisah ini dikongsikan oleh Jenn Danish Danel di laman sosial Facebook miliknya yang sangat bersyukur dan berasa lega apabila 'Hero Sabahan' yang tidak dikenalinya ini sanggup membantu mereka.

Budak lelaki yang sanggup menawarkan diri untuk membantu mereka itu bernama Akmal dan dia sanggup membantu walau tidak mengenali mereka.

Sabahan Hero Muncul Disaat Memerlukan


Berikut merupakan kisah yang dikongsikan olehnya:

Tadi kereta kami termasuk dalam lubang di tengah-tengah jalan raya. Dua tayar meletup sekaligus. Di tengah-tengah hutan, line handphone pun tiada. Bingung sekejap kAmi sebab tayar ganti hanya satu. Susah hati sebab ada dua anak yang masih kecil dalam kereta, pekan Sipitang pun jauh lagi. Kalau kereta dipaksa jalan, confirm rim kami hancur.

Tiba-tiba adik ni berhenti. Dia tawarkan diri untuk membantu. Sedangkan kereta yang lain lalu saja time tu. Sungguh mulia hati adik ni, dia sanggup membantu kami yang langsung tak dikenali. Sanggup berpanas, sanggup berlapar (jam 7am-1 pm) dan sanggup temankan suami mencari line telefon dan mencari tayar ganti. Menunggu sehingga ke saat kami dapat meminjam tayar ganti daripada seorang Hamba Allah yang sangat baik hati.

Terima kasih adik, kerana sudi menolong kami sekeluarga walaupun langsung tak kenal. Semoga adik di dalam jagaan Allah selalu. Sesungguhnya kamu anak yang baik. Bertuah ibu ayah kamu. Sejuk perut ibu mengandungkan kamu. Mereka membesarkan anak yang sangat baik, berbudi bahasa.

Adik ni kerja di SFI, klinik SFI Sipitang. Terima kasih Adik Akmal. May Allah bless u.
Sanggup Membantu Orang yang Tak Dikenali, Lelaki Sabahan Ini Wajar Digelar Sebagai Hero

P/s: Semoga lebih ramai hero Sabahan berhati mulia sepertinya muncul di masa akan datang.

No comments:

Powered by Blogger.